VIDEO : Siapa Ketua Pembangkang? , Akta Pendanaan Politik

- Advertisement -

Kekosongan jawatan Ketua Pembangkang akhirnya disahkan selepas peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainudin, dengan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengemukakan surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

- Advertisement -

Pengerusi PN memaklumkan, langkah itu akan mengesahkan kekosongan jawatan tersebut secara automatik, sekali gus membuka ruang kepada pelantikan Ketua Pembangkang baharu sebelum sidang Parlimen seterusnya berlangsung.

Dalam masa sama, PN mengakui wujud pelbagai pandangan dalam kalangan parti komponen berhubung siapa yang layak mengisi jawatan tersebut. Malah, PAS Johor turut menyuarakan hasrat agar jawatan itu diberikan kepada PAS, namun keputusan muktamad masih dalam perbincangan.

Selain itu, PN turut menegaskan sokongan terhadap pelaksanaan pendanaan politik, namun menekankan keperluan libat urus menyeluruh melibatkan semua parti politik bagi memastikan rangka kerja yang dibentangkan kelak tidak ditolak di Parlimen.

Apa perkembangan seterusnya? Siapa bakal menggalas jawatan Ketua Pembangkang?

Ikuti penjelasan penuh dalam video ini.

- Advertisement -