Isu penghinaan terhadap Islam sekali lagi mencetuskan kemarahan rakyat apabila tular insiden pelajar yang didakwa memijak Al-Quran. Dalam masa yang sama, kenyataan Perdana Menteri menggunakan istilah “melalak” terhadap pihak yang bersuara menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Dalam episod Podcast Dari Jalan Pahang kali ini, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Muhammad Sukri Omar, berkongsi pandangan mengenai keresahan umat Islam, isu provokasi terhadap agama serta persoalan ketegasan kerajaan dalam menangani perkara sensitif melibatkan Islam.
Turut disentuh beberapa isu semasa lain termasuk polemik kuil, isu penternakan babi, peranan kerajaan negeri Selangor serta kepentingan penyatuan umat Islam dalam menghadapi cabaran politik dan sosial negara.
Ikuti perbincangan penuh dalam podcast ini.

















