VIDEO : Sidang Media Kes Saman Sivil Yusoff Rawther vs Anwar Ibrahim

- Advertisement -

Perkembangan terbaharu kes melibatkan Yusoff Rawther sekali lagi mencetuskan persoalan apabila proses mahkamah dilihat masih belum bergerak ke peringkat perbicaraan penuh sejak 2021.

- Advertisement -

Dalam sidang media hari ini, pihak plaintif memaklumkan bahawa satu lagi permohonan baharu telah difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk usaha untuk memutuskan beberapa isu terlebih dahulu tanpa melalui perbicaraan penuh.

Permohonan tersebut turut mencadangkan agar prosiding dijalankan berdasarkan afidavit semata-mata, malah sebahagiannya dicadangkan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran media dan orang awam.

Pihak Yusoff Rawther menegaskan akan membantah permohonan berkenaan, menyifatkannya sebagai satu lagi cubaan melewatkan perjalanan kes yang sudah tertangguh hampir lima tahun.

Dalam masa sama, persoalan turut dibangkitkan terhadap status siasatan laporan polis yang dibuat sebelum ini, termasuk sama ada individu yang dinamakan telah dipanggil untuk dirakam percakapan.

Perbicaraan kes masih belum ditetapkan, dengan tarikh seterusnya dijadualkan pada Mei 2026 bagi pengurusan lanjut kes ini.

- Advertisement -