Ribut salji paling dahsyat di AS: 30 maut

Jutaan penduduk terputus bekalan elektrik, cuaca beku terus mengganas

- Advertisement -

WASHINGTON: Ribut musim sejuk paling dahsyat melanda Amerika Syarikat bermula pada Ahad dan semakin butik menjelang Isnin mengakibatkan timbunan salji yang tebal, suhu ekstrem, dan gangguan elektrik yang melumpuhkan bekalan elektrik ke jutaan rumah penduduk, dengan sekurang-kurangnya 30 maut.

- Advertisement -

Ribut itu menimbun lebih 30 sentimeter (cm) salji sepanjang 2,100 kilometer (km) dari Arkansas hingga New England, menyebabkan trafik terhenti, penerbangan dibatalkan, dan sekolah ditutup secara meluas pada hari Isnin. Di utara Pittsburgh, salji mencecah 50 cm dengan kesejukan angin serendah -31 darjah Celcius (°C).

Menurut laporan media tempatan, antara kes kematian yang dilaporkan termasuk dua orang maut akibat dilanggar bajak salji di Massachusetts dan Ohio, kemalangan jalan raya akibat salji licin membunuh seorang remaja masing-masing di Arkansas dan Texas, seorang wanita ditemui mati diliputi salji di Kansas, lapan orang ditemui mati di luar rumah di bandar raya New York hujung minggu lalu.

Sementara pegawai kerajaan turut melaporkan kematian di negeri lain masing-masing empat di
Tennessee,; masing-masing tiga maut di Louisiana, Pennsylvania; Mississippi (dua kematian); New Jersey, Carolina Selatan, Kentucky (masing-masing satu kematian)

Sementara lebih 560,000 rumah masih terputus elektrik, terutama di Selatan AS, di mana hujan beku hujung minggu menyebabkan pokok dan talian kuasa tumbang.

Pegawai kerajaan di Mississippi menghantar katil bayi, selimut, air botol, dan penjana ke stesen pemanasan.

Kerosakan teruk di lokasi sama turut melibatkan 14 buah rumah, sebuah premis perniagaan dan 20 jalan raya awam.

Universiti Mississippi telah membatalkan kelas sepanjang minggu, manakala sekolah awam di New York ditutup, tetapi kira-kira 500,000 pelajar diarahkan belajar secara dalam talian.

Ribut salji yang melanda turut mengganggu pengangkutan udara, dengan lebih 12,000 penerbangan tertunda atau dibatalkan pada Isnin, dan 45 peratus penerbangan dibatalkan pada Ahad; rekod tertinggi sejak pandemik Covid-19.

Kemasukan udara Artik baharu pula dijangka mengekalkan suhu beku di banyak kawasan, sementara kemungkinan ribut baru melanda Pantai Timur hujung minggu ini.

Di Nashville, Tennessee, ramai penduduk terpaksa menempah bilik hotel kerana rumah mereka masih terputus bekalan elektrik.

- Advertisement -