Jepun: Cuaca musim sejuk, salji tebal ragut 10 nyawa

Jepun telah merekodkan hujan salji lebat pada hujung Januari 2026 yang memecahkan rekod sejak 22 tahun, mencecah 54 sentimeter (cm) dalam tempoh 24 jam.
- Advertisement -

TOKYO: Salji tebal yang melanda pantai Laut Jepun sejak Selasa, dengan keadaan paling buruk berlaku pada awal hujung minggu ini telah mengorbankan 10 nyawa.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jepun dalam kenyataannya berkata, 10 mangsa yang telah meninggal dunia itu adalah dalam tempoh tujuh hari akibat keadaan musim sejuk yang teruk dan kemalangan berkaitan salji.

- Advertisement -

Pegawai kerajaan tempatan menyatakan bahawa enam orang meninggal dunia di wilayah Niigata di pantai Laut Jepun; empat daripadanya akibat masalah perubatan semasa menyodok salji, atau ketika melakukan aktiviti lain.

“Mangsa lain di Niigata meninggal dunia akibat jatuh dari bumbung semasa membuang salji,” katanya yang menyatakan salji di kawasan luas Jepun telah mencapai kemuncaknya.

Menurutnya, Jepun telah merekodkan hujan salji lebat yang memecahkan rekod sejak 22 tahun mencecah 54 sentimeter (cm) dalam tempoh 24 jam.

“Lebih satu meter telah turun di Sapporo di wilayah paling utara Hokkaido, paling banyak sejak 2022,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, kira-kira empat setengah meter salji telah terkumpul di Sukayu di banjaran gunung Hakkoda di Wilayah Aomori.

“Bandar Uonuma di Wilayah Niigata telah tertimbus di bawah hampir dua setengah meter salji.

“Sistem tekanan rendah diramalkan akan meningkatkan salji dan angin merentasi kawasan dari Hokkaido ke wilayah Hokuriku pada hari Selasa,” ujar kenyataan itu.

Beberapa kawasan di wilayah Hokuriku dan Chugoku berkemungkinan akan mengalami hujan. Lebih banyak salji lebat dijangka turun di sepanjang pantai Laut Jepun dari utara ke barat Jepun pada hari Khamis dan Jumaat, apabila jisim udara sejuk yang kuat bergerak ke selatan.

Dengan suhu meningkat dan hujan turun di beberapa kawasan, orang ramai di kawasan yang mempunyai timbunan salji yang besar harus berjaga-jaga terhadap runtuhan salji, salji yang jatuh dari bumbung, dan kemalangan ketika membersihkan salji dari kediaman masing-masing.

Menurut kenyataan itu lagi, pengumpulan salji telah melebihi purata tahunan, walaupun di kawasan di mana salji telah berhenti turun.

“Lebih satu meter telah turun di Sapporo di wilayah paling utara Hokkaido, paling banyak sejak 2022.

Kira-kira empat setengah meter telah terkumpul di Sukayu di banjaran gunung Hakkoda di Wilayah Aomori. Bandar Uonuma di Wilayah Niigata telah tertimbus di bawah hampir dua setengah meter salji.

Sistem tekanan rendah diramalkan akan meningkatkan salji dan angin merentasi kawasan dari Hokkaido ke wilayah Hokuriku pada hari Selasa. Beberapa kawasan di wilayah Hokuriku dan Chugoku berkemungkinan akan mengalami hujan.

Lebih banyak salji lebat dijangka turun di sepanjang pantai Laut Jepun dari utara ke barat Jepun pada hari Khamis dan Jumaat, apabila jisim udara sejuk yang kuat bergerak ke selatan.

Dengan suhu meningkat dan hujan turun di beberapa kawasan, pihak berkuasa Jepun menasihatkan orang ramai di kawasan yang mempunyai timbunan salji yang besar harus berjaga-jaga terhadap runtuhan salji, salji yang jatuh dari bumbung, dan kemalangan semasa membersihkan salji di kediaman masing-masing. – HARAKAHDAILY 27/1/2026

- Advertisement -