Usul gopoh, antara gamat atau gawat

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

DEWAN Rakyat, semalam menangguhkan usul menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika penggulungan usul berkenaan di Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Kasus usul dibawa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selama enam bulan daripada Dewan Rakyat kerana didakwa mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila di Terengganu dengan peristiwa Memali, 1985 di Baling, Kedah, pada perbahasan Belanjawan 2026 Oktober lalu dilihat gawat.

Menteri Dalam Negeri itu yang dilantik Senator penggal kedua telah memaklumkan latihan komando APMM (Latihan Pelarian & Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team) lebih awal dalam pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang serta pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober.

Usul yang dibawa beliau kerana latihan yang dianggap menyeleweng daripada tujuan sebenar dan dakwaan tersebut mencemarkan imej APMM, menjejaskan maruah anggota yang bertugas, serta dianggap membangkitkan sentimen melawan kerajaan. Ucapan Ketua Whip Perikatan Nasional itu dianggap memberi imej buruk pada agensi yang siap siaga menjaga maritim negara dan bersifat menganiaya anggotanya atas tuduhan tidak berasas kepada mereka yang menjaga perairan Malaysia daripada pelbagai ancaman, termasuk penyeludupan senjata, perikanan haram, pencerobohan kapal asing, pengedaran dadah dan lanun. Namun dinafikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu yang mengemukakan ucapan berkenaan untuk penjelasan terhadap standard prosedur operasi (SOP) latihan semata-mata.

Dewan rakyat mempunyai kuasa untuk menggantung wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tetapi Senator lantikan sebagai Ahli Dewan Rakyat, dilihat mencabuli mandat rakyat, meruntuhkan prinsip kedaulatan demokrasi berparlimen, dan membuka ruang penyalahgunaan kuasa melalui saluran pelantikan politik.

Penggantungan ahli parlimen perlu melalui proses mutlak telus dan adil, termasuk dirujuk kepada sebuah jawatankuasa bebas. Pintasan proses sinonim gawat akan melemahkan institusi Parlimen, iaitu badan induk penggubal undang-undang bukan sekadar ucapan ahli Parlimen dalam mesyuarat membuat keputusan dasar dan polisi negara tetapi suara dari kawasan yang diwalilinya.

Dalam Demokrasi Berparlimen di Malaysia, Senator merupakan Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dua dewan yang berasingan dengan bidang kuasa tatatertib masing-masing. Dewan Rakyat hanya boleh menghukum Ahli Dewan Rakyat, manakala Dewan Negara hanya berkuasa terhadap Senator.

Persoalan Senator mengemukakan usul untuk menggantung seorang Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui mandat Pilihan Raya Umum menyentuh asas utama demokrasi berparlimen di Malaysia. Pertama kali dalam sejarah sistem Demokrasi Berparlimen dan tiada klausa peruntukan perlembagaan, atau peraturan mesyuarat yang membenarkan kuasa silang antara kedua-dua dewan.

Senator di Malaysia jika dibenarkan menggantung seorang Ahli Dewan Rakyat, ia akan mencabuli mandat rakyat, meruntuhkan prinsip kedaulatan demokrasi berparlimen, dan membuka ruang penyalahgunaan kuasa melalui saluran pelantikan politik.

Sementara sistem demokrasi berperlembagaan, hanya anggota dewan yang dipilih rakyat mempunyai kuasa untuk menggantung wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Ini selaras dengan prinsip dan amalan di Parlimen United Kingdom. House of Commons yang dipilih rakyat berhak sepenuhnya terhadap urusan disiplin ahlinya sendiri, manakala House of Lords yang dilantik tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung Ahli House of Commons.

Malah di Australia kedua-dua anggota Dewannya dipilih rakyat, Ahli Senat tetap tidak boleh menggantung Ahli House of Representatives, dan begitu juga sebaliknya. Setiap dewan berdaulat terhadap ahli masing-masing tanpa kuasa silang disiplin. Dewan Atasan tidak pernah dan tidak boleh sama sekali mengemukakan atau menggantung ahli Dewan Rendah. Kuasa disiplin hanya wujud secara dalaman dalam dewan yang sama.

Usul gawat dibawa oleh Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) untuk merujuk Ahli Parlimen Kota Bharu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas prosedur di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) tetapi ditukar pula usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) untuk menggantung Ahli Parlimen.

Ekoran itu kasus Dewan Rakyat gamat apabila beberapa wakil pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, vokal dan verbal membantah, kemudian Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) turut mempertikaikan peraturan mesyuarat agar lebih berhemah kerana peluang membela diri bukan dihukum melalui proses undi verbal.

Manakala plot rinci daripada YB Kota Bharu itu sudah mematuhi semua syarat yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Antaranya surat penjelasan berhubung isu berkenaan telah dihantar kepada Speaker dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu pascaberbahas pada 22 Oktober lalu dan keesokan harinya Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, menghantar surat kepada Speaker untuk merujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya semasa perbahasan RUU Perbekalan 2026 itu.

Speaker telah menerima surat tersebut dan satu salinan dihantar kepadanya serta mereaksi balas jawapan penjelasan sebanyak enam muka surat dan disertakan lampiran kepada Speaker dalam tempoh ditetapkan. Surat di Port Speaker untuk meneliti kes dibawa Pulai sama ada berasas sebelum dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Speaker.

Oleh itu, usul gawat membawa pada kasus gamat di dewan rakyat kerana hukuman itu membebankan mereka dan menganiayai hak rakyat.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 5/12/2025

- Advertisement -