PAS rakam takziah buat keluarga arwah Bung Moktar

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang telah menghembuskan nafas terakhir di Kota Kinabalu pada awal pagi tadi.

Allahyarham yang memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan sejak tahun 1999 (enam penggal) dan baru sahaja dipilih semula sebagai ADUN Lamag (penggal kedua) merupakan seorang Ahli Parlimen senior dan ADUN yang banyak memberikan khidmat bakti kepada negara dan juga Negeri Sabah.

Pemergian Allahyarham sudah pasti merupakan kehilangan besar buat negara amnya, dan khususnya bagi negeri dan rakyat Sabah.

- Advertisement -

Semoga jasa beliau yang besar serta kebaikannya kepada rakyat akan sentiasa menjadi sebutan.

Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terima kasih.         

DATUK SERI TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 05 Disember  2025 – HARAKAHDAILY 5/12/2025

- Advertisement -