Kita sengaja nak bagi walanon dapat upah lebih sikit

- Advertisement -

DENGAR khabar ada peneroka heret rumah malam tadi sebab kena hambat dari tanah hak milik Terengganu. Tapi walanon tak datang tolongpun. Kasihan peneroka tarik rumah seorang-seorang. Peneroka tak tahu nak letak kat mana rumah dia, sebab walanon tak bantu.

Peneroka itu, aku yakin tak cubalah hubungi Jabatan Amal, yang biasanya berkhidmat free saja kalau nak mintak tolong apa-apa, sebab memang Jabatan Amal akan jawab mereka tak percaya yang rumah peneroka kena sita, dah tahu fakta kes, melalui Dato’ Dr Azman Ibrahim .

Yang kata rumah peneroka kena sita tu, walanon, jadi, peneroka kena ajak dialah tolong heret. Mana tahu bini peneroka nak beranak ke, anak nak sekolah, nak beli kelengkapan, nak raya pula awal tahun depan. Walanon tak kasihan ke?

Tapi kena ingat, upah walanon hanya untuk jadi cybertroopers saja, entahlah berapa sen dia dapat satu komen. Jadi upah heret rumah peneroka yang kena zalim tu, caj dia lain. Lagipun, peneroka dah dapat geran tanah yang Kerajaan Terengganu berikan, walanon entah ada apa.

- Advertisement -

Tak boleh tolong secara free, sebab cybertroopers walanonpun ada bini yang nak beranak, ada anak nak sekolah tahun depan, walanon nak raya juga, walaupun biasa saja dalam bulan-bulan puasapun buat fitnah.

Nak harap ke Sabil dengan Arif tak boleh, sebab bukan tak boleh tolong kerana sibuk atau tak cukup ahli, tapi sebab tak ada ahli.

*Disertakan tiga keping salinan hansard Sidang DUN Terengganu pada tahun 2010, zaman pemerintahan Dato’ Seri Ahmad Said menjadi Menteri Besar dari perkongsian Facebook Khairu Ibrahim.

Isu ini telahpun dibincangkan dalam DUN dan Kerajaan Negeri ketika itu, tidak bersetuju dengan tindakan FELDA yang mengambil keuntungan 100 peratus untuk 15,200 hektar ladang komersial yang tidak dimasukkan peneroka di dalamnya.

Pengerusi FELDA ketika itu bukan Presiden PAS bukan juga Pesuruhjaya PAS, tetapi Datuk Dr Yusof Noor.

Anak-anak walanon, kenal ke tak siapa Yusof Noor? Entah benihpun tak wujud lagi masa tu atau masih berpampers lagi.

Inilah yang kita suka bergurau dengan walanon, kita biar dia nampak macam cerdik dulu (walaupun bodoh) melawan dengan kononnya mereka ingat fakta, tetapi auta pimpinan mereka yang mewakilkan kepada walanon untuk jawab supaya pimpinan dia tak nampak bodoh.

Lepas mereka jawab, kita keluarkan satu dokumen. Lepas mereka jawab lagi, kita keluarkan lagi dokumen. Lepas tu walanon tak mengalah, jawab lagi, kita keluarkan lagi dokumen. Begitulah, sampai Abang Jamil mampus.

Bukan apa, kita boleh saja nak jawab sekali gus sampai terkedu walanon-walanon tu, tapi tak syoklah sebab bila ada berbalas komen, adalah sikit pendapatan tambahan walanon, nak buat persiapan bini nak beranak, anak sekolah dan sambut raya nanti.

MOHD NASIR ABDULLAH
5 Disember 2025- HARAKAHDAILY 5/12/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -