Sumbangan sistem siar raya bantu aktiviti tadika

- Advertisement -

LAHAD DATU: “Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang mengadakan lawatan ke Tadika Amal sekali gus menyerahkan sumbangan portable PA system,” kata Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Lahad Datu, Kasman Karate.

- Advertisement -

Menurutnya, sumbangan itu bagi menyokong kelancaran aktiviti pembelajaran dan program yang dijalankan pihak tadika.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk anak-anak kecil yang sedang membina asas ilmu dan akhlak mereka,” katanya dalam hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Katanya, turut bersama dalam lawatan itu ialah ADUN Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar dan mantan JPKK Kampung Lormalong, Ustaz Maswan.

“Moga Allah memberkati setiap usaha kecil yang kita lakukan untuk pendidikan generasi akan datang.

“Insya-Allah, ini bukan yang terakhir,” ujarnya yang bertanding selaku calon PN di DUN Kunak dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 2/12/2025

- Advertisement -