Misi untuk rakyat tidak akan terhenti – Dr Afifi

Dr Afifi Saif mengundi di SJKC Hwa Shiong, Putatan pada PRN Sabah, Sabtu lalu.
- Advertisement -

PUTATAN: “Insya-Allah misi untuk rakyat, tidak akan terhenti. Itu tugas kita semua, walau tanpa jawatan, amanah berbudi dan berbakti itu tetap tidak akan luntur dalam diri ini,” ujar Dr Afifi Saif.

- Advertisement -

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi DUN Petagas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 itu turut menyatakan dedikasi penuh buat pengundi dan jentera DUN itu.

“Inilah keluarga besar saya, terutama jentera yang berkorban semua jiwa, masa, bahkan harta tanpa mengharap imbuhan, bahkan mereka lah yang memberi,” ujarnya dalam hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Menurutnya, semua bekerja atas visi misi yang sama, berpadu semangat, silaturahim yang manis, mengerah buah fikir untuk kerja yang tersusun.

“Pasukan kempen, pasukan media, pasukan ziarah bahkan ramai lagi, siang malam menghulur jasa,” katanya lagi.

Beliau berkata, melihat wajah-wajah mereka, cukup menghibahkan sehingga tidak terkata mahu diungkapkan apa, hanya mampu ucap ‘terima kasih semua, terima kasih banyak-banyak’.

“Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 1/12/2025

- Advertisement -