Perjuangan PN tidak terhenti kerana keputusan p’raya

Hasan Haris
- Advertisement -

KALABAKAN: Hasan Haris mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan 1,288 pengundi N.72 Merotai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah atas sokongan yang diberikan sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

- Advertisement -

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi DUN Merotai itu menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada semua yang telah bekerja keras memastikan gerak kerja kempen berjalan lancar dan penuh disiplin.

Beliau menegaskan bahawa perjuangan PN di Merotai tidak akan terhenti hanya kerana keputusan pilihan raya telah diumumkan.

“Saya akan terus memberikan komitmen dalam aspek kebajikan bagi memastikan masyarakat setempat terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Saya juga akan meneruskan usaha dakwah yang menjadi asas kekuatan dalam mendidik masyarakat ke arah nilai murni dan kesejahteraan,” katanya.

Dalam masa sama, ujarnya gerak kerja siasah akan terus diperkasa bagi memastikan suara rakyat Merotai sentiasa dibawa ke hadapan dalam ruang demokrasi.

Beliau menyeru semua penyokong untuk terus istiqamah bersama PN dalam membangunkan masyarakat dan memacu masa depan yang lebih baik bagi Merotai. – HARAKAHDAILY 30/11/2025

- Advertisement -