
KALABAKAN: Calon PERIKATAN NASIONAL bagi DUN Tanjung Batu, Ahmad Dullah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada 2,426 pengundi yang telah menyokong dan mengundi PN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, semalam.
Katanya, ucapan terima kasih itu dizahirkan daripada hati yang tulus atas komitmen yang ditunjukkan kepada beliau.
“Tidak dilupakan juga para petugas jentera yang telah bertungkus lumus sepanjang dari awal hingga ke akhir siri pilihan raya kali ini,” tambahnya.
Menurutnya, semangat kerjasama dan kesatuan yang ditonjolkan jentera menjadi kekuatan utama dalam memastikan gerak kerja membantu masyarakat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Katanya, usaha turun ke lapangan akan diteruskan dari semasa ke semasa tanpa mengira masa demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
“Nilai pengorbanan dan kesungguhan para jentera amat dihargai kerana menjadi tulang belakang kepada perjuangan politik yang berteraskan rakyat.
“Saya harap segala usaha dan komitmen bersama akan sentiasa diberkati serta menjadi landasan kepada kesinambungan perjuangan yang lebih kukuh pada masa akan datang,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 30/11/2025











