Mangsa banjir: Bayi 2 bulan diletak dalam kotak ais

- Advertisement -

BAGAN SERAI: “Terpaksa letak anak dalam kotak ais, itu cara nak pastikan anak saya berusia 2 bulan ini dalam keadaan selamat,” demikian detik cemas dikongsikan oleh seorang ibu yang menjadi mangsa banjir apabila rumahnya dinaiki air secara mendadak.

- Advertisement -

​Bayi kecil itu merupakan antara 160 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Kampung Ulu Sepetang, yang diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

​Dalam lawatan itu, Razman turut memberi perhatian kepada seorang mangsa yang baru sahaja menerima rawatan pembedahan di hospital. dan berjanji untuk usahakan agar beliau dirawat dan diberi perhatian di hospital berdekatan.

​”Terima kasih pihak bomba dan penguatkuasa yang memberi perhatian dan menolong mangsa banjir. Semoga Allah kasihi dan permudah urusan semua yang terlibat,” katanya.

​Situasi banjir di Perak dilaporkan memburuk apabila sekitar 2,000 penduduk di Larut, Matang dan Selama serta Manjung dipindahkan ke lebih 20 PPS, manakala di Manjung, sekitar 400 penduduk terjejas daripada 115 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

​Antara lokasi yang digunakan termasuk Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Dewan Perdana Trong, Sekolah Kebangsaan Simpang serta beberapa masjid dan dewan serbaguna berhampiran.

​Mangsa banjir di Manjung turut ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

​Operasi menyelamat dan bantuan sedang digerakkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – HARAKAHDAILY 28/10/2025

- Advertisement -