
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim menyifatkan sekatan berterusan terhadap kehadirannya ke sekolah-sekolah dalam kawasannya sebagai tidak berasas dan bercanggah dengan semangat perkhidmatan kepada rakyat.
Beliau berkata, semua permohonannya untuk menghadiri program rasmi seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditolak tanpa sebarang alasan jelas, walaupun permohonan dibuat secara sah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
“Bila ada PIBG sekolah-sekolah dalam kawasan sendiri nak jemput hadir dalam program-program di sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG, pertama sekali saya minta mereka kemukakan permohonan kepada PPD untuk dipanjangkan ke JPN dan seterusnya ke KPM.
“Kita tahu adab untuk berkunjung ke premis yang ada tuannya. Kebenaran dari tuan punya premis perlu diperolehi walaupun dalam premis tersebut adalah anak-anak rakyat kita dan guru-guru yang merupakan rakan-rakan kita.
“Dukacita dimaklumkan, sejak era Kerajaan Madani, semua permohonan untuk saya berkunjung ke sekolah adalah ditolak tanpa dimaklumkan alasannya. Saya pun tak tahu apa garis panduan yang tidak dipatuhi atau peraturan yang dilanggar,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang merujuk kepada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi wakil rakyat bagi menghadiri program sekolah.
Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri menyifatkan apa yang dicanangkan sebagai garis panduan perlu dipatuhi hanyalah helah dan retorik semata-mata.
Beliau berkata, apa lebih memeritkan, pemimpin parti politik yang tidak mempunyai sebarang kerusi di Terengganu diberikan ruang luas untuk hadir dan berucap dalam program sekolah, termasuk menyampaikan ucapan bernada kempen politik.
“Terpampang dalam media, gambar pemimpin-pemimpin dari parti yang tak ada kerusi di Terengganu berada di atas pentas pelbagai program anjuran sekolah dan Jabatan Pendidikan walaupun mereka tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan.
“Ucapan di atas pentas pula bernada kempen politik. Terdetik juga pertanyaan, apakah kerana di atas pentas program di sekolah-sekolah sebelum ini saya tak pernah berucap politik maka kita tak dibenarkan masuk? Apakah kena bercakap politik maka baru ia mematuhi garis panduan?” soalnya.
Azman turut berkongsi pengalaman pahit berhubung program Tuisyen Rakyat yang dianjurkan Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar SPM.
Program tersebut katanya, diadakan di Dewan Masjid Kampung Tempinis, namun tetap menerima tekanan daripada pihak atasan termasuk arahan supaya pihak sekolah membuat laporan lengkap mengenai penglibatan ADUN dan sumber peruntukan.
“Pernah kerajaan negeri menyalurkan peruntukan untuk program Tuisyen Rakyat bagi pelajar-pelajar SPM kerana tak dibenarkan masuk sekolah, maka kita buat di dewan luar sekolah.
“Akhirnya kerana program ini, pihak atasan telah arahkan pihak sekolah buat laporan bagaimana YB boleh masuk sekolah? Bagaimana peruntukan diterima?
“Sekolah minta dengan YB atau YB yang bagi? Jumlah peruntukan? Bagaimana program dilaksanakan, tarikh dan tempat dan bilangan pelajar terlibat. Sebenarnya saya tak masuk sekolah pun. Tuisyen ini dibuat di Dewan Masjid Kampung Tempinis, sebuah masjid dalam DUN Jabi.
“Kita hanya salur peruntukan. Terpulanglah kepada pihak sekolah nak atur program macam mana sebab mereka yang lebih mengenali pelajar mereka. Tak ada paksaan mesti buat program ini. Kita nak bagi duit. Nak ambil silakan, tak nak ambil pun kita tak boleh nak kata apa-apa.
“Setakat ini saya tak pernah rasa terhegeh-hegeh nak bantu orang yang tak nak terima kerana kita tahu pihak sekolah dan anak-anak sangat memerlukan bantuan. Jauh sekali nak rasa, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kerana hidung saya memang tak mancung pun,” katanya.
Tambah beliau lagi, tekanan itu menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan serba salah dan takut menerima bantuan walaupun mereka tahu ia demi kebaikan pelajar.
“Pernah kita minta guru-guru datang ke Pejabat ADUN untuk terima bantuan tunai yang diminta. Guru-guru tak berani nak datang takut kena cop. Kita nak masuk hantar sumbangan tak dibenarkan, jemput guru mari ambil di Pejabat ADUN pun tak boleh,” katanya.
Mengulas lanjut, Azman berkata, beliau tidak pernah meminta layanan istimewa, malah tidak menganggap dirinya sebagai VIP.
“Saya masih ada sedikit maruah dan kehormatan diri walau kita bukanlah VIP. Rasa terlalu dihina kalau hanya dibenarkan hantar sumbangan untuk diterima oleh Jaga di pondok pengawal.
“Mana pergi adab dan kesopanan? Kita yang nak bagi duit sumbangan dan bukan nak minta apa-apa. DUN Jabi pun bukannya luas sampai kena EFT macam duduk Kuala Lumpur,” ujarnya. – *HARAKAHDAILY 30/7/2025*
Garis panduan KPM hanya retorik, helah – Dr Azman
Oleh NOR HAZWANI NOH
*KUALA TERENGGANU*: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim menyifatkan sekatan berterusan terhadap kehadirannya ke sekolah-sekolah dalam kawasannya sebagai tidak berasas dan bercanggah dengan semangat perkhidmatan kepada rakyat.
Beliau berkata, semua permohonannya untuk menghadiri program rasmi seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditolak tanpa sebarang alasan jelas, walaupun permohonan dibuat secara sah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
“Bila ada PIBG sekolah-sekolah dalam kawasan sendiri nak jemput hadir dalam program-program di sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG, pertama sekali saya minta mereka kemukakan permohonan kepada PPD untuk dipanjangkan ke JPN dan seterusnya ke KPM.
“Kita tahu adab untuk berkunjung ke premis yang ada tuannya. Kebenaran dari tuan punya premis perlu diperolehi walaupun dalam premis tersebut adalah anak-anak rakyat kita dan guru-guru yang merupakan rakan-rakan kita.
“Dukacita dimaklumkan, sejak era Kerajaan Madani, semua permohonan untuk saya berkunjung ke sekolah adalah ditolak tanpa dimaklumkan alasannya. Saya pun tak tahu apa garis panduan yang tidak dipatuhi atau peraturan yang dilanggar,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang merujuk kepada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi wakil rakyat bagi menghadiri program sekolah.
Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri menyifatkan apa yang dicanangkan sebagai garis panduan perlu dipatuhi hanyalah helah dan retorik semata-mata.
Beliau berkata, apa lebih memeritkan, pemimpin parti politik yang tidak mempunyai sebarang kerusi di Terengganu diberikan ruang luas untuk hadir dan berucap dalam program sekolah, termasuk menyampaikan ucapan bernada kempen politik.
“Terpampang dalam media, gambar pemimpin-pemimpin dari parti yang tak ada kerusi di Terengganu berada di atas pentas pelbagai program anjuran sekolah dan Jabatan Pendidikan walaupun mereka tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan.
“Ucapan di atas pentas pula bernada kempen politik. Terdetik juga pertanyaan, apakah kerana di atas pentas program di sekolah-sekolah sebelum ini saya tak pernah berucap politik maka kita tak dibenarkan masuk? Apakah kena bercakap politik maka baru ia mematuhi garis panduan?” soalnya.
Azman turut berkongsi pengalaman pahit berhubung program Tuisyen Rakyat yang dianjurkan Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar SPM.
Program tersebut katanya, diadakan di Dewan Masjid Kampung Tempinis, namun tetap menerima tekanan daripada pihak atasan termasuk arahan supaya pihak sekolah membuat laporan lengkap mengenai penglibatan ADUN dan sumber peruntukan.
“Pernah kerajaan negeri menyalurkan peruntukan untuk program Tuisyen Rakyat bagi pelajar-pelajar SPM kerana tak dibenarkan masuk sekolah, maka kita buat di dewan luar sekolah.
“Akhirnya kerana program ini, pihak atasan telah arahkan pihak sekolah buat laporan bagaimana YB boleh masuk sekolah? Bagaimana peruntukan diterima?
“Sekolah minta dengan YB atau YB yang bagi? Jumlah peruntukan? Bagaimana program dilaksanakan, tarikh dan tempat dan bilangan pelajar terlibat. Sebenarnya saya tak masuk sekolah pun. Tuisyen ini dibuat di Dewan Masjid Kampung Tempinis, sebuah masjid dalam DUN Jabi.
“Kita hanya salur peruntukan. Terpulanglah kepada pihak sekolah nak atur program macam mana sebab mereka yang lebih mengenali pelajar mereka. Tak ada paksaan mesti buat program ini. Kita nak bagi duit. Nak ambil silakan, tak nak ambil pun kita tak boleh nak kata apa-apa.
“Setakat ini saya tak pernah rasa terhegeh-hegeh nak bantu orang yang tak nak terima kerana kita tahu pihak sekolah dan anak-anak sangat memerlukan bantuan. Jauh sekali nak rasa, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kerana hidung saya memang tak mancung pun,” katanya.
Tambah beliau lagi, tekanan itu menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan serba salah dan takut menerima bantuan walaupun mereka tahu ia demi kebaikan pelajar.
“Pernah kita minta guru-guru datang ke Pejabat ADUN untuk terima bantuan tunai yang diminta. Guru-guru tak berani nak datang takut kena cop. Kita nak masuk hantar sumbangan tak dibenarkan, jemput guru mari ambil di Pejabat ADUN pun tak boleh,” katanya.
Mengulas lanjut, Azman berkata, beliau tidak pernah meminta layanan istimewa, malah tidak menganggap dirinya sebagai VIP.
“Saya masih ada sedikit maruah dan kehormatan diri walau kita bukanlah VIP. Rasa terlalu dihina kalau hanya dibenarkan hantar sumbangan untuk diterima oleh Jaga di pondok pengawal.
“Mana pergi adab dan kesopanan? Kita yang nak bagi duit sumbangan dan bukan nak minta apa-apa. DUN Jabi pun bukannya luas sampai kena EFT macam duduk Kuala Lumpur,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/7/2025











