Anak Kelantan wakili Malaysia ke WorldSkills ASEAN

- Advertisement -

TUMPAT: Wan Ariq Ulwan Wan Hasbullah, anak jati DUN Pengkalan Kubor, terpilih mewakili Malaysia ke Pertandingan WorldSkills ASEAN Manila 2025 dalam bidang Collaborative Robot (Cobot).

- Advertisement -

Beliau merupakan pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam dan akan bertanding di Filipina pada bulan Ogos bersama seorang lagi peserta dari Kelantan.

ADUN Pengkalan Kubor, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, kejayaan itu membanggakan seluruh masyarakat di kawasan berkenaan dan membuktikan keupayaan anak muda Kelantan bersaing di pentas antarabangsa.

“Syabas dan terima kasih kepada Ariq atas pencapaian ini. Semoga kejayaan beliau menjadi pencetus semangat dan inspirasi kepada lebih ramai anak-anak muda Kelantan untuk meneroka bidang TVET, teknologi moden dan robotik,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Wan Hasbullah, ayah kepada Ariq, yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anaknya dalam bidang teknikal dan inovasi.

“Doa kami sentiasa mengiringi langkah Ariq, semoga berjaya mengharumkan nama Kelantan dan Malaysia di persada antarabangsa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/7/2025

- Advertisement -