Elemen ‘dengan sengaja’ risiko sukar dibuktikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cadangan memasukkan elemen ‘dengan sengaja’ dalam Seksyen 11(1A) Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 berisiko menyukarkan pembuktian terhadap niat pemberi maklumat.

- Advertisement -

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, penekanan kepada niat boleh memberi tekanan berganda kepada pemberi maklumat, khususnya apabila maklumat yang disampaikan didapati tidak tepat atau tidak benar.

“Persoalannya adakah maklumat itu benar atau maklumat itu tepat, itu mesti diambil kira kerana soal yang berkait dengan pindaan yang dicadangkan ini dengan sengaja.

“Soal berkait dengan niat sengaja untuk dibuktikan itu mungkin sukar dan kalau ditakdirkan maklumat dikatakan tidak tepat dan tidak benar maka akhirnya maklumat yang disampaikan kepada agensi penguatkuasa itu sudah menjadi tidak benar.

“Itulah sebab kadang-kadang tidak melalui proses kepada agensi penguatkuasa,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau turut berkongsi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kadangkala turut mengambil kira maklumat daripada sumber tidak rasmi seperti surat layang jika terdapat asas untuk siasatan.

“Saya teringat apabila kita laporkan maklumat kepada SPRM. SPRM tidak mengambil kira daripada siapa datangnya maklumat tersebut. Kadang-kadang surat layang pun diambil kira.

“Untuk dilihat apakah sebenarnya maklumat yang disampaikan itu adalah benar dan hasil daripada siasatan, kalau sekiranya maklumat yang dilaporkan itu benar akan ada ada tindakan selepas daripadanya.

“Oleh itu saya ingin untuk kita bukan hanya melihat kepada pemberi maklumat atau ‘whistleblower’. Bagaimana kalau yang mengemukakan maklumat itu sendiri adalah orang yang sebenar. Ini adalah soal penting,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Hassan turut menzahirkan kebimbangan berhubung tekanan dan intimidasi politik yang dihadapi oleh pemberi maklumat.

“Apa yang berlaku di Sabah sebagai contoh bagaimana pemberi maklumat yang kini dalam siasatan SPRM meluahkan perasaan takut mereka atas sebab mereka menyampaikan maklumat dalam soal yang berkait dengan rasuah di dalam negara.

“Sepatutnya jangan dilihat kepada pemberi maklumat. Maklumat itu yang penting,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2025

- Advertisement -