Ibarat cinta ditolak, salah tunggang nampak bangang

Dakwaan Rafizi PAS ada tiga pendirian berbeza, tidak benar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff menyifatkan tindakan Dato’ Seri Rafizi Ramli yang mendakwa PAS mengeluarkan kenyataan berbeza berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagai tindakan orang kecewa cinta ditolak.

- Advertisement -

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat itu berkata, kenyataan Rafizi kononnya PAS menunggang isu kehakiman kerana mengeluarkan tiga pendirian berbeza adalah tidak benar dan bersifat manipulatif.

“Semalam Rafizi Ramli ada buat satu video. Mudahnya dia nak cakap PAS ni menunggang bab kehakiman sampai PAS keluarkan tiga kenyataan berbeza.

“Dia kata Dato’ Sri Tuan Ibrahim Timbalan Presiden PAS suruh dia turun Himpunan Turun Anwar, baru PAS akan sokong cadangan Rafizi untuk tubuh RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja).

“Ketua Penerangan PAS pula, Rafizi kata menyokong cadangan dia untuk tubuh RCI. Kemudian Setiausaha Agung PAS pula kata PN (Perikatan Nasional) tolak cadangan Rafizi Ramli untuk tubuh RCI,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nurul Islam, kenyataan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mudah difahami kerana Rafizi masih ahli dan Ahli Parlimen PKR tetapi membawa agenda bertentangan dengan ketua sendiri.

“Sebab tu Dato’ Sri Tuan Ibrahim suruh Rafizi buktikan keikhlasannya bawa agenda ni dengan turun Himpunan Turun Anwar. Sebab himpunan ni pun bawa isu yang sama, cuma lebih menyeluruh iaitu kegagalan PMtaX (Perdana Menteri).

“Bukan apa, kami bimbang Rafizi nak menunggang isu ni untuk lawan bossnya sebab kalah pemilihan,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari telah dimanipulasi melalui tajuk media yang sensasi.

“Sedangkan apa yang Ustaz Fadhli Shaari cakap dalam hantarannya adalah PAS sokong apa jua usaha untuk selesaikan kemelut sistem kehakiman.

“Dan dia terangkan apa yang dimaksudkan oleh Dato’ Sri Tuan Ibrahim mengenai suruh Rafizi hadir Himpunan Turun Anwar tu. Dia cakap juga pasal payah nak laksana RCI dalam keadaan PMtaX masih berkuasa,” terangnya.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS merangkap Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, beliau berkata kenyataan itu sejajar dengan pendirian PAS bahawa RCI tidak sesuai dibawa oleh pihak yang masih berada dalam kerajaan.

“Surat yang Rafizi hantar tu ada 2 bahagian, satu surat dan satu lagi borang jawapan untuk ditandatangani oleh Ahli Parlimen setuju sokong Rafizi.

“Eh Rafizi layan Ahli Parlimen macam cikgu sekolah hantar surat kebenaran pemeriksaan gigi kat mak bapa. Surat dan jawapan setuju atau tak.

“DS Taki dah jelaskan dengan cara baik RCI ni bukan cara yang sesuai sebab dia akan lalu kabinet yang dipengerusikan oleh PMtaX dan perlu diangkat kepada YDPA (Yang di-Pertuan Agong) oleh PMtaX. Agak-agak dia nak angkat ke cadangan untuk siasat diri dia sendiri,” ulasnya.

Nurul Islam turut menyelar Rafizi kerana tidak menyertai Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman yang lebih awal memperjuangkan isu itu.

“Satu lagi, sebelum Rafizi buat PC (sidang media) lagi dah ditubuhkan Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman yang terlebih dulu perjuangkan isu ni.

“Apa salahnya Rafizi bersama Sekretariat ni yang merupakan payung besar usaha pertahan kebebasan sistem kehakiman. Tapi Rafizi mana boleh ikut orang kan. Nak kena orang ikut Rafizi. Apa barang lu ni ‘brader’,” tempelaknya.

Nurul Islam menyamakan sikap Rafizi dengan individu yang tidak dapat menerima penolakan dan kemudian menghina pihak yang menolaknya.

“Dulu masa saya kat universiti, ada seorang kawan saya ni. Dia syok kat seorang perempuan. Tapi bila dia bagi surat cinta, perempuan tu tolak. Bila kena tolak, dia terus kutuk perempuan tu. Dia kata gemuklah, tak cantiklah, hidung penyeklah.

“Macam tu lah Rafizi. ’bitter’ sangat sebab PAS dan PN tolak ke? Relakslah ‘brader’. Rafizi cakap PAS menunggang, tapi hakikatnya Rafizi yang nak tunggang PN.

“Jadi saya nak pulangkan nasihat Rafizi. ‘Salah tunggang, nampak bangang’,” sindirnya. – HARAKAHDAILY 17/7/2025

- Advertisement -