
KANGAR: Projek pemasangan lampu jalan di laluan R179 menghubungkan Bukit Keteri dan Semadong kini telah siap sepenuhnya dan membawa kelegaan besar kepada penduduk setempat.
Sekian lama bergelut dengan isu keselamatan akibat jalan gelap, akhirnya sebanyak 35 lampu jalan dipasang hasil permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Haziq Asyraf Dun.
Menurut Haziq, laluan berkenaan merupakan antara jalan utama digunakan oleh penduduk serta pelajar sekolah setiap pagi, dan sebelum ini sering menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan.
“Sebelum ini keadaan sangat gelap dan pernah berlaku kemalangan. Alhamdulillah, sekarang laluan ini cerah dan lebih selamat. Kita akan terus berusaha sebaik mungkin untuk keselesaan rakyat,” katanya.
Projek ini turut mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat, khususnya di platform media sosial seperti TikTok yang tampil memberikan reaksi dan penghargaan terhadap inisiatif berkenaan.
“Terbaik YB, perubahan macam ni lah rakyat mahu. Perlu teruskan bekerja dengan lebih baik lagi. Terima kasih,” kata gnolafadhil.
“Ok..noted..TQ..minggu sudah saya perhatikan,” ujar nurislam.
“Terbaik YB, nanti adjust dari Guar Jentik sampai Kampung Belukar pulak YB. Bagi terang laluan situ,” minta cik qie.
“Alhamdulillah, terbaiklah YB. Terima kasih atas kejayaan, untuk warga seluruh semua dapat menikmati,” puji Muhd.
“Ni orang kata YB prihatin,” coret DeepakMid838.
“Alhamdulillah, tak jumpak jin dah la, dah cerah dah. Amin,” usik Chak om.
“Terbaik YB, sentiasa mempermudahkan urusan rakyat,” kata 712azura.
Meskipun ringkas, reaksi tersebut mencerminkan penghargaan tinggi rakyat terhadap perubahan kecil yang membawa impak besar kepada kehidupan seharian mereka.
Dalam pada itu, ADUN Beseri tersebut turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Negeri Perlis atas komitmen menjayakan projek tersebut demi kesejahteraan penduduk. – HARAKAHDAILY 11/7/2025











