
APA YANG berlaku di Iran bukan sekadar sabotaj ia adalah pengkhianatan dalam sistem.
Bacaan ini bukan untuk menakutkan. Tapi untuk bangkitkan umat.
‘Mossad serang dari dalam’ – Pandangan sejarah, aqidah dan situasi global
1. Serangan dari luar bertukar jadi serangan dari dalam.
Sebelum ini kita lihat rejim Zionis menyerang Iran melalui bom nuklear, dron dan jet pejuang. Tapi kini muncul ancaman lebih licik letupan dari dalam negara sendiri.
Iran sahkan 28 ejen Mossad ditangkap lengkap dengan dron, bahan letupan dan ‘safe house’. Letupan serentak di beberapa lokasi, termasuk sistem kumbahan dan air Tehran, disyaki hasil operasi risikan fizikal serta serangan digital.
2. Mossad dan sejarah hitamnya.
Ditubuhkan 1949, Mossad ialah agensi perisikan Israel yang terlibat dalam pembunuhan saintis nuklear Iran, sabotaj nuklear, penculikan Eichmann (Argentina) dan banyak lagi. Mereka menyamar sebagai wartawan, pelajar, NGO dan pelancong.
Konsep mereka mudah: bunuh sebelum diserang. Siap siaga di seluruh dunia, dilindungi oleh sistem politik dan kuasa besar dunia.
Taktik Mossad kini disebut sebagai _‘cyber-human hybrid’_ gabungan ejen fizikal dan serangan sistem komputer untuk kelirukan radar, ganggu komunikasi, dan lancarkan letupan tepat.
3. Ancaman dalaman dan pengkhianatan.
Iran umumkan hukuman mati terhadap Ismail Fikri rakyatnya sendiri yang bocor maklumat lokasi kem tentera. Ramai percaya ada lebih ramai lagi. Bila pertahanan luar sibuk hadapi misil, musuh dah pun masuk ke pejabat dan sistem kawalan.
4. Al-Quran beri amaran awal.
Islam mengajar agar kita sentiasa waspada terhadap ‘musuh dalam selimut’:
﴿وَإِذَا لَقُوا۟كُمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا ۖ وَإِذَا خَلَوْا۟ عَضُّوا۟ عَلَيْكُمُ ٱلْأَنَامِلَ مِنَ ٱلْغَيْظِ ۚ﴾
“Dan apabila mereka bertemu kamu, mereka berkata: Kami telah beriman. Tetapi apabila mereka bersendirian, mereka menggigit jari mereka kerana marah terhadap kamu.”(Surah Āli-‘Imrān: 119)
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّٰمِينَ بِٱلْقِسْطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِۖ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah.” (Surah al-Nisā’: 135)
Dan Allah sudah ingatkan mengenai golongan pengumpat:
﴿وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ﴾
“Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela.” (Surah al-Humazah: 1)
5. Hadis Nabi SAW:
“Tiga tanda munafiq: jika berkata dia berdusta, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diberi amanah dia khianat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Terkini: Tindak balas global.
• Iran beri amaran: “Kami takkan tunduk pada tekanan ketenteraan.”
• Menteri Luar Iran nyatakan: “Tidak ada kuasa asing boleh paksa rakyat Iran menerima kehendak mereka.”
• Amerika alih USS Nimitz ke Laut Merah dan Teluk Parsi satu tekanan terbuka.
• G7 pula secara terang menyebut: “Iran tidak boleh miliki senjata nuklear.”
• Trump tiba-tiba berlepas ke Timur Tengah kemungkinan besar sedang lobi tekanan terhadap Tehran.
7. Ibrah buat kita di Malaysia.
Bila musuh sudah duduk dalam sistem, perang tak lagi dengan peluru. Tapi dengan pengaruh, maklumat dan sabotaj senyap.
Islam ajar kita bukan sekadar pasang radar luar, tapi perkuat keimanan dalam sistem. Jangan biar musuh mengawal dari dalam pagar.
WAN MUHAMMAD MIZAN W. ABDUL LATIFF
Mudir Kompleks Islam Tahfiz Darul Hijrah
Pemerhati Strategik Dunia Islam – HARAKAHDAILY 18/6/2025
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/15qr1HaMJN/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











