
17 JUN 2025 hari ke‑5 serangan balas Iran.
Konflik ketenteraan terbesar abad ini kini memasuki fasa ketiga menyaksikan Iran terus membalas dengan serangan peluru berpandu jarak jauh dan dron ke wilayah strategik Israel, setelah serangan awal rejim Zionis ke atas fasiliti nuklear Iran di Natanz.
Fakta terkini di medan:
• Israel membunuh saintis dan komander IRGC melalui serangan ke atas Natanz dan beberapa pangkalan strategik.
• Iran membalas dengan lebih 300 peluru berpandu dan dron ke Tel Aviv, Haifa dan Galilee.
• Korban meningkat: 224 rakyat Iran, 24 rakyat Israel dilaporkan terkorban.
Gerakan Amerika dan diplomasi yang membara:
• Amerika Syarikat telah menggerakkan sekurang-kurangnya tiga kapal perang, termasuk USS Nimitz, ke Teluk dan Laut Merah menunjukkan komitmen untuk mempertahankan Israel secara taktikal.
• Donald Trump keluar awal dari sidang G7, tidak menandatangani deklarasi bersama dan menyeru rakyat Tehran untuk evakuasi segera.
• Arab Saudi, Oman, Qatar dan Macron sedang memujuk Iran agar menerima rundingan damai namun Iran tetap dengan prinsip ‘respon ke atas penjenayah Zionis adalah wajib’.
Israel menyerang stesen media Iran:
• Stesen al-Alam dan Press TV diserang rejim Zionis. Serangan ini mensasarkan suara kebenaran agar dunia tidak tahu siapa sebenarnya penjenayah perang.
Ejen Mossad tertangkap:
• Iran berjaya menangkap ejen Mossad yang sedang merancang sabotaj ke atas loji tenaga dan komunikasi strategik.
• Pendedahan ini menunjukkan, perang hari ini bukan sekadar peluru dan bom, tetapi juga perang saraf dan pengintipan.
Firman Allah:
“Dan katakanlah: Kebenaran itu datang dari Tuhanmu…” (Surah al-Kahfi: 29)
“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang), maka pancunglah batang leher mereka, sehingga apabila kamu telah melemahkan mereka, tawanlah mereka…” (Surah Muhammad: 4)
Sabda Nabi SAW:
“Barang siapa tidak peduli urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka.” (Hadis Riwayat al-Hakim – sahih)
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun penuh tipu daya. Pendusta dibenarkan, orang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah, dan yang amanah dianggap pengkhianat…” (Hadis Riwayat Ahmad – sahih)
Renungan:
Umat Islam tidak boleh terus lena. Ketika musuh bergerak dengan peluru, dron dan propaganda, kita pula masih leka dengan hiburan, pertelingkahan, dan cinta dunia.
Gelombang ketiga ini bukan hanya di Tel Aviv dan Haifa tetapi juga di hati kita semua. Adakah kita akan terus diam, atau bersedia bangkit?
WAN MUHAMMAD MIZAN W. ABDUL LATIFF
Mudir Kompleks Islam Tahfiz Darul Hijrah
Pemerhati Strategik Dunia Islam – HARAKAHDAILY 18/6/2025
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/19EqHH8dyt/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.















