Minyak kelapa dara: Khasiat alam Melayu yang perlu diperluas

- Advertisement -

AINDAILAH orang tahu khasiat dan manfaat besar yang terkandung di dalam setitis minyak kelapa dara, pasti orang sanggup menukar ia dengan ketulan-ketulan emas.

Menurut perkongsian laman sesawang https://people.utm.my/mshahrulnizam/info-sihat/minyak-kelapa-dara-produk-utm/, berbanding dengan minyak zaitun biasa, minyak kelapa dara kaya dengan antioksidan dan lemak yang sihat.

Malah, ia juga mengandungi hampir 30 kompaun berbeza yang dapat membantu melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit.

Komposisi lemak di dalam minyak kelapa dara merupakan rahsia khasiatnya yang pelbagai dengan 75 peratus daripadanya merupakan lemak mono tidak tepu, sejenis lemak sihat yang menjadi asas utama dalam diet Mediterranean.

- Advertisement -

Kajian menunjukkan, pengambilan lemak mono tidak tepu boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok.

Malah, minyak kelapa dara juga boleh mengurangkan inflamasi, tekanan darah, tahap kolesterol dan juga gula dalam darah.

Di samping itu, minyak kelapa dara juga bagus merawat luka dan kudis. Ia boleh mencegah jangkitan Staph lanjut dan bermanfaat dalam rawatan dematitis atopik yang telah dijajah dengan Staphylococcus aureus.

Satu kajian ke atas tikus mendapati bahawa luka dirawat dengan menggunakan khasiat minyak kelapa dara sembuh lebih cepat dan menunjukkan kolagen yang tinggi merentas menghubungkan daripada kumpulan kawalan.

Maka, tidak hairanlah ketika pertama kali penulis temu muka dengan pemilik minyak kelapa dara Ayer Kuning ini, wajah ‘kak’ lembab dan tegang biarpun usianya sedang menghampiri satu abad.

Kamsiah Tan Kofli, 63 tidak menyangka pertemuan dengan seorang sahabat di Pasar Kampar pada satu pagi, membuka lembaran baru dalam hidup beliau.

Anak jati kelahiran Kuala Dipang yang lebih mesra di kalangan penduduk tempatan dengan panggilan ‘Kak Siah’, mengusahakan minyak kelapa dara di bawah jenama ‘Kamsiahtan’ lebih 18 tahun lalu.

Balu anak empat ini memproses minyak kelapa dara secara ‘homemade’ berkat ilmu diperturunkan daripada seorang sahabat  sekitar tahun 2007.

Bermula dengan ‘cuba-cuba’,  Kak Siah berjaya menghasilkan minyak kelapa dara dan dimasukkan ke dalam botol-botol kecil untuk dijual dengan harga RM4 sebotol.

Berkat kesabaran dan istiqamah melalui jerih – perih berlumur dengan minyak, kini Kak Siah mampu menghasilkan sekitar 50 botol minyak kelapa dara seberat 85 mililiter dijual dengan harga ‘mampu beli’ iaitu RM18, sebotol.

Menurut usahawan desa AET (Aktiviti Ekonomi Tambahan) di bawah bimbingan RISDA tersebut, proses menghasilkan minyak kelapa dara sangat mudah, dibuat secara manual tanpa bantuan alatan canggih.

Santan yang sudah diperah akan dibiarkan ‘menyaring’ sendiri (kepala santan, minyak dan air) secara semula jadi selama dua puluh empat jam.

Walaupun kelihatan mudah ujarnya, ia perlukan kesabaran yang tinggi, silap hari bulan kata Kak Siah, “Sebijik kelapa buat hal, habis semua tak menjadi.”

Ketika ditanya, sebiji buah kelapa mampu menghasilkan berapa biji botol minyak kelapa dara, Kak Siah menjawab, “Tengok kepada saiz. Kalo kelapa tu beso, boleh ler dapat sebotol minyak. Kalo kelapa tu kecik, nak dapat sebotol, kena dua tiga biji.”

“Lima biji kelapa tua hasilkan sekilo santan. Daripada santan tu, biasanya dapat lah tiga botol minyak kelapa dara,” ujar Kak Siah yang juga aktif dalam jamaah dengan memegang jawatan sebagai Bendahari Dewan Muslimat PAS Kawasan Tapah.

Kak Siah menyimpan hasrat suatu hari nanti minyak kelapa dara keluaran syarikatnya yang terletak di Kampung Sungai Lesung ini mampu pergi jauh dan dapat dimanfaatkan kepada masyarakat luar secara lebih meluas sekali gus menjadi ‘signature‘ menularkan nama Ayer Kuning. – HARAKAHDAILY 24/4/2025

- Advertisement -