Perang tarif: Langkah Trump mengundang tindak balas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan dari Mexico dan Kanada bertujuan untuk mengurangkan defisit AS.

- Advertisement -

Mantan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tindakan itu bagaimanapun dilihat akan mengakibatkan rakan dagang AS mencari alternatif lain kepada barangan negara itu.

“Trump mahu mengurangkan defisit dagangan negaranya dengan beberapa rakan dagang utama AS supaya dapat menyekat aliran tunai dolar ke luar negara. Selain itu, beliau mahu rakyatnya mengutamakan barangan keluaran AS sendiri.

“Kemungkinan tindakan Trump akan menyebabkan rakan dagangnya mengenakan tarif ke atas barangan AS dan mencari alternatif kepada barangan AS,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, ekonomi global sama sekali tidak akan terjejas disebabkan perkara itu, di samping kesannya yang minimum terhadap konflik di rantau Timur Tengah.

“Ekonomi global hanya akan terjejas jika negara dagang AS tidak dapat mencari pasaran alternatif kepada barangan eksport mereka.

“Kesan petang tarif ini kemungkinan hanya kepada aktiviti perdagangan antara negara yang terlibat sahaja dan impaknya minima ke atas konflik Timur Tengah dan konflik Rusia-Ukraine,” ujarnya.

Semalam, Kanada dan Mexico mengumumkan tarif terhadap barangan yang dibawa masuk ke kedua-dua negara itu sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan AS.

Langkah Trump itu disifatkan Kanada sebagai memecahbelahkan dan bukan menyatukan. – HARAKAHDAILY 3/2/2025

- Advertisement -