Korea Utara, AS saling memanggil penyangak

Marco Rubio
- Advertisement -

PYONGYANG: Korea Utara membidas kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio kerana menggelar negara itu sebagai penyangak dalam satu temu bual baru-baru ini.

Kementerian Luar Korea Utara menyifatkan kenyataan Rubio sebagai kasar dan mengarut, serta tidak akan sekali-kali menyumbang kepada kepentingan AS.

- Advertisement -

Ia juga disifatkan sebagai kenyataan fitnah yang akan menimbulkan provokasi politik serius yang benar-benar melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.

Jurucakap kementerian dalam kenyataan hari ini, mengatakan bahawa AS adalah paling penyangak di dunia.

“Kata-kata dan perbuatan bermusuhan orang yang bertanggungjawab ke atas dasar luar AS ini mengesahkan sekali lagi dasar permusuhan AS terhadap DPRK (Republik Rakyat Demokratik Korea) yang kekal tidak berubah.

“Kenyataan kasar dan karut Rubio hanya menunjukkan secara langsung pandangan tidak betul pentadbiran baharu AS tentang DPRK dan tidak akan sekali-kali membantu mempromosikan kepentingan AS mengikut kehendaknya,” katanya.

Ini adalah kritikan pertama Korea Utara terhadap pentadbiran Trump sejak beliau kembali memasuki Rumah Putih pada 20 Januari lalu. – AGENSI

- Advertisement -