
ALOR GAJAH: Pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kebimbangan terhadap isu penggunaan logo Halal secara salah, yang dianggap mencetuskan kekeliruan dan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap status halal produk di negara ini.
Dato’ Dr Ab Halim Tamuri menegaskan, Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa sebagai negara yang memiliki standard pensijilan halal terbaik.
Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu berkata, penyalahgunaan logo Halal dilihat sebagai satu isu serius yang perlu ditangani dengan tegas.
“Namun amat malang kalau orang menyalahgunakan logo Halal itu. Kita tak tanya itu ‘term-term’ kalau dalam usul fikahnya, kalau kita panggil benda yang halal tiba-tiba kita ‘associate’ dengan benda yang haram, tuan-tuan tahulah apa hukum dia? Itu bab hukum.
“Tapi pada saya ialah bab tentang menyalahgunakan, itu yang menjadi persoalan kepada kita. Dan amat pedih kepada kita apabila dia kata orang yang bangkitkan isu ini sebagai ‘real idiot’. Minta maaf tuan-tuan, ini dah melampau.
“Kalau tak setuju, cakap tak setuju, tapi jangan sampailah (dikatakan) sebagai ‘real idiot’. Akhirnya menunjukkan polemik yang sangat kritikal.
“Saya bagi saya, ini adalah punca mungkin daripada perkara yang tidak faham. Tak tahu tapi nak berbicara, akhirnya keliru semua orang. Ini suatu perkara yang perlu kita ambil secara serius,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah isu semasa bertajuk ‘Siapa penderhaka’ di Dataran Istiqamah Padang Kerbau, Durian Tunggal, di sini kelmarin.
Dr Ab Halim turut menggesa kerajaan dan agensi berkaitan, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), untuk mengambil tindakan lebih tegas bagi memastikan isu itu tidak berulang.
“Kena cakap terus terang dan kita kata JAKIM baru ni saya puji dia cakap terus terang. Dia cakap direct (bahawa) Ini tidak mendapat ‘certification’ yang halal.
“Menyalahgunakan logo Halal yang diberikan sebab menggunakan yang telah halal tidak semestinya akan menghasilkan produk yang kedua ketiga itu halal. So dia kena dapat ‘certification’ yang lain. Maka ini perkara-perkara yang perlu tegaskan.
“Jadi tuan-tuan sekalian, ini perkara yang saya rasa kita tidak boleh kompromi. Kalau kita kompromi tuan-tuan dia akan menjadi masalah kepada kita,” jelasnya.
Beliau turut menekankan kepentingan ketelitian pengguna dalam memastikan produk yang dibeli benar-benar halal.
“Saya kalau pergi cari ayam kalau di supermarket, saya tak beli yang ayam potong potong ini kita tak tahu betul ke potong atau tak dipotong. Sebab kalau dilihat viral di mana-mana ada yang tak potong pun.
“Lepas itu saya cari, saya kalau beli ayam, minta maaf sebut, saya cari tengok orang itu macam mana. Kalau dia dekat telinga dia pakai ada galung ada getah ada macam-macam eh ni sembelih ke tak sembelih ni kan saya risau juga.
“Carilah Pak Haji yang nampak selepas kita beli dengan keadaan yang jelas tengok leher (ayam) dia pergilah tengok sekejap tengok leher itu dia potong tak potong kadang-kadang kita ni buat lebih kurang saja.
“Tak boleh tuan-tuan kadang-kadang orang ni banyak menipu berapa kali baru ni keluar yang viral dekat ‘news’ syarikat yang buat itu tidak mengikuti peraturan yang sepatutnya so dicampurkan antara ayam yang disembelih dengan tidak disembelih,” tambahnya menasihatkan supaya masyarakat berwaspada. – HARAKAHDAILY 21/1/2025











