
KOTA BHARU: Menteri Besar menyatakan penghargaanya kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf tamat perkhidmatan tidak lama lagi.
Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud berkata, Zainal Abidin telah menjalankan tugas secara profesional selain pengalaman luas dalam pentadbiran agensi kerajaan.
“Saya menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangun), yang akan bersara tidak lama lagi.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas segala jasa sepanjang berkhidmat, semoga dikurniakan kesihatan baik dan berjaya dalam kehidupan,” katanya semalam.
Sebelum ini Tuan Zainal Abidin merupakan mantan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) pernah menempa beberapa siri kejayaan.
MPKB-BRI pernah dinobatkan sebagai Johan bagi Bandar Terbersih dan Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik dalam pertandingan sempena Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2021.
Kemudian Ahli Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) itu dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) pada April 2022.
Malah ketika beri amanah sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), beliau memainkan peranan penting dalam merealisasikan Empangan Nenggiri 2027. – HARAKAHDAILY 21/1/2025











