Tidak wajar pertikai hukuman sebat

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

MARANG: Tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan huk!uman sebat bagi kesalahan syariah selaras tuntutan Islam.

- Advertisement -

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak wajar mana-mana pihak cuba mempertikaikan hukuman tersebut.

“Disebut dalam al Quran hukuman sebat bagi kesalahan zina hendaklah disaksikan sekumpulan orang ramai,” katanya ketika menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, pagi tadi.

Baru-baru ini, ada pihak pertikai hukuman sebat tersebut yang dianggap bertentangan dengan hak asasi.

Seorang rakyat Terengganu Mohd Affendi Awang, 42, menjadi pesalah syariah pertama dijatuh hukuman sebat di khalayak awam kerana kesalahan khawat berulang.

Pesalah dilapor melakukan kesalahan berulang kali ketiga dijatuhi hukuman sebat sebanyak enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Pelaksanaan hkuman itu diadakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu selepas solat Jumaat, tadi.

Lokasi tersebut menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan detik sejarah bagi rakyat negara ini. – HARAKAHDAILY 27/12/2024

- Advertisement -