Terengganu rancang laksana sistem E-Invoice

Langkah mengoptimumkan hasil pendapatan negeri

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dengan merancang pelaksanaan sistem E-Invoice untuk mengoptimumkan hasil pendapatan negeri.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian, dan Teknologi Hijau, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman memaklumkan perbincangan awal mengenai perkara itu telah diadakan.

Menurut beliau, pelaksanaan sistem itu memberikan gambaran positif terhadap potensi sistem E-Invoice dalam memperkemaskan kutipan cukai dan pengurusan kewangan negeri.

“Ini adalah langkah proaktif yang perlu diteruskan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri.

“Melalui pelaksanaan E-Invoice, Terengganu berpeluang untuk mengoptimumkan kutipan cukai dan memperbaiki sistem pengurusan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau berkata, menariknya, negara-negara Eropah juga dijadualkan untuk melaksanakan sistem E-Invoice bagi cukai menjelang tahun 2026.

“Ini menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang tepat untuk mengikuti arus kemajuan global,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/12/2024

- Advertisement -