
ZIONIS ISRAEL paling untung akibat konflik Syria. Dalam wawancara tahunan, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Israel adalah pihak yang paling beruntung dalam perubahan politik di Syria: Israel mara sejauh 25 km ke dalam wilayah Syria dan mengawal sepenuhnya tempat-tempat yang diawasi oleh tentera Rusia sebelum ini terus menerus menghantar kekuatan tentera dan tidak ada petanda Israel akan berundur Israel akan terus meluaskan pencerobohannya ke atas bumi Syria. [1]
Kumpulan QASAD akan terus memerangi Turkiye. Kumpulan QASAD yang menjadi proksi Barat menyeru penduduk di Ein al-Arab supaya mengangkat senjata menentang tentera Turkiye serta proksinya yang menguasai kerajaan Syria pada hari ini. [2]
Amerika Syarikat menghantar rombongan ke Syria. Rombongan dari kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengadakan lawatan ke Syria dan bertemu dengan pemimpin utama kumpulan pemerintah sementara kerajaan Syria, Ahmad al-Syara’. Barbara A. Leaf, pembantu Setiausaha Luar AS, hal ehwal Timur Tengah yang mengetuai rombongan menyatakan bahawa AS mengeluarkan nama Ahmad al-Syara’ dari senarai pengganas dan menyifatkan pertemuan tersebut membuahkan hasil. Amerika Syarikat menyenaraikan Ahmad al-Syara’ sebagai seorang pengganas dan menawarkan USD10 juta kepada sesiapa yang memberi maklumat untuk dibunuh atau ditangkap. [3][4]
Zionis Israel terus mengganas. Tentera Zionis Israel menakluk dua kawasan perkampungan di wilayah Dar’a, Selatan Syria yang bersempadan dengan Jordan. Sebagai respon, rakyat Syria keluar beramai-ramai mengangkat bendera Syria namun mereka ditembak oleh tentera Zionis, dilaporkan seorang cedera kerana tembakan tersebut. Semenjak kejatuhan kerajaan Basyar al-Assad beberapa tempat telah ditakluk oleh Zionis Isra4l khususnya di kawasan strategik, Bukit Golan. [5]
Waspada terhadap agenda Barat yang meruntuhkan akhlak dan moral. Nadzir ‘Iyaad, Mufti Mesir menyifatkan dalam satu wawancara bahawa masyarakat Islam pada hari ini berdepan dengan fenomena keruntuhan akhlak dan moral yang membimbangkan akibat kemajuan media sosial dan kelemahan sistem pendidikan Islam. Beliau menyatakan wujudnya kecelaruan pemikiran di kalangan umat Islam akibat pengaruh Barat yang masuk melalui media sosial sehingga lahirnya pemikiran yang tidak dapat membezakan antara lelaki dan wanita serta lain-lain lagi pemikiran songsang. Justeru sebagai langkah penjagaan, umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan membina sistem kekeluargaan yang berlandaskan Islam. [6]
97 peratus salah guna dadah di Afghanistan turun. Menurut laporan daripada New York Times kegiatan berkait pengedaran dan salah guna dadah menurun dengan begitu mendadak di bawah pemerintahan Taliban di Afghanistan. Dalam tempoh hanya dua tahun pemerintahan, Taliban berjaya menangani masalah dadah yang tidak dapat ditangani oleh penjajah Amerika Syarikat selama 20 tahun menjajah Afghanistan. Perkembangan terbaru memberi satu tamparan hebat ke atas Barat yang selama ini menuduh Taliban sebagai kumpulan pengganas dengan menjadikan pengedaran dadah sebagai salah satu sumber utama gerakannya. Realiti menunjukkan wajah sebenar Barat yang hipokrit terhadap umat Islam demi kepentingan agenda imperialisme yang menjadi teras pemikiran politik Barat khususnya Amerika Syarikat. [7][8]
Yaman melancarkan serangan ke atas Zionis Israel. Yahya Sarii’, jurucakap tentera Yaman menyatakan bahawa pihak tentera Yaman dan pejuang Iraq berjaya melancarkan sejumlah drone penyerang ke atas sasaran tentera di Yafa, selatan bumi Palestin yang dijajah oleh Zionis Israel. Beliau menegaskan, Yaman akan berterusan mendokong perjuangan rakyat Palestin daripada cengkaman Zionis Israel dan konco utamanya Amerika Syarikat. [9]
Kumpulan pemberontak Sudan sedia bekerjasama. Kumpulan al-Da’m al-Sari’ iaitu kumpulan pemberontak yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan pimpinan Jeneral Burhan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa menyatakan kesediaan untuk berbincang bagi perolehan kuasa jika diberi peluang untuk menyertai kerajaan sivil yang bakal dibentuk. [10]
Tentera Zionis Israel diburu oleh Sri Lanka. Pihak berkuasa Zionis Israel terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan seorang tentera Zionis Israel yang diburu oleh pihak berkuasa Sri Lanka kerana dakwaan jenayah perang yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di Gaza. Beberapa badan yang mendukung perjuangan rakyat Palestin berjaya mengecam wajah tentera tersebut ekoran video yang dirakam olehnya ketika operasi genoside di Gaza. Akibat tekanan yang begitu hebat akhirnya tentera tersebut melarikan diri tanpa dapat ditangkap. [11]
Pendatang Yahudi membakar masjid di Tebing Barat. Pendatang Yahudi bertindak ganas dengan membakar sebuah masjid Birr al-Walidain di kampung Marda, Tebing Barat serta menconteng ucapan kebencian di dinding masjid. Insiden seperti ini bukan asing di bumi Palestin bahkan inilah sikap berterusan Yahudi yang memusuhi umat Islam. Sebelum ini beberapa kali mereka menceroboh dan membakar Masjid al-Aqsa serta menyerang umat Islam yang sedang solat di masjid suci tersebut. [12]
Semoga Allah memelihara dunia Islam dan menyatukan umat Islam untuk memimpin dunia ke arah keadilan Islam.
USTAZ DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat
21/12/2024 – HARAKAHDAILY 21/12/2024
Rujukan:
[1]
https://arabic.rt.com/middle_east/1630020-بوتين-المستفيد-الأساسي-من-التطورات-في-سوريا-هو-إسرائيل
[2]
[3]
https://swentr.site/news/609718-us-syrian-leader-bounty
[4]https://www.aljazeera.net/news/2024/12/20/عاجل-مساعدة-وزير-الخارجية-الأميركي-4
[5]
[6]
[7]
[9]
https://www.almayadeen.net/news/politics/اليمن–القوات-المسلحة-تنفذ-عملية-مشتركة-مع-العراق-وأخرى-نوعي
[10]
https://www.almayadeen.net/news/politics/السودان—الدعم-السريع–تعتزم-التعاون-مع-الحكومة-الجديدة
[11]
https://www.almayadeen.net/news/politics/جنود-إسرائيليون-يلاحقون-حول-العالم—عسكري-يهرب-من-سيريلانكا
[12]











