MP Kapar ziarah tiga keluarga hadapi diuji hidup

- Advertisement -

KAPAR: Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali bersama para petugas DUN Meru meluangkan masa menziarahi tiga keluarga yang sedang menghadapi ujian berat melibatkan masalah kesakitan dan kehilangan insan tersayang.

- Advertisement -

Dalam sesi ziarah itu, beliau menzahirkan rasa simpati terhadap penderitaan dialami mereka, bermula dengan seorang ibu yang menjaga anak lelaki mengalami kecederaan pada pangkal otak.

“Pesakit tidak dapat mengurus diri dan bergantung sepenuhnya dengan susu dan kudrat kakak untuk menguruskannya,” kata beliau dalam satu hantaran pada Rabu.

Ziarah beliau yang kedua melibatkan seorang balu kehilangan anak bongsu berusia tiga tahun dengan tiba-tiba.

“Meskipun berat dirasa selepas kehilangan suami tercinta. Hidup perlu diteruskan demi enam orang anak yang masih ada di sisi,” ujarnya.

Ziarah ketiga pula melibatkan seorang anak kehilangan ayah akibat kecuaian pemandu lori dan disifatkannya sebagai amat menyedihkan selepas kehilangan ayah tercinta tanpa disangka-sangka.

“Tetap redha dengan ketentuan Allah. Ujian kehilangan dan insan yang disayangi berdepan dengan kesakitan memang menyakitkan, namun mereka pasrah dan reda dengan ketentuan Allah.

“Saya mendoakan semoga Allah angkat sakit mereka, diberi kesabaran, ketabahan atas ujian Allah. Moga mereka dikurniakan ganjaran setimpalnya oleh Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/12/2024

- Advertisement -