Andalusia mahu luaskan operasi ke negara Asean

Ida Riswana (berbaju merah jambu) ketika menerima Anugerah The BrandLaureate Best Brand Award di ibu negara
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) menerima dua anugerah The Brandlaurate Best Brands Awards 2023-2024 dan The Brandlaureate Entreprenueur Awards 2024.

- Advertisement -

Anugerah Brandlaureate ialah penganugerahan tahunan yang memberi penghormatan kepada jenama cemerlang dan berdedikasi dalam penjenamaan mereka termasuk ketika terpaksa berhadapan dengan masa sukar serta penuh cabaran masa kini.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris, berkata anugerah itu sebagai pemangkin semangat untuk Andalusia terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

“Ia adalah satu pengiktirafan yang sangat besar, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk seluruh keluarga besar Andalusia Travel & Tours. Kejayaan ini membuktikan bahawa syarikat kecil dan sederhana (SME) juga mampu mencipta impak besar.

“(Iaitu) apabila berpegang kepada nilai kepercayaan, komitmen dan perkhidmatan berkualiti,” katanya kepada media selepas menerima anugerah berkenaan dalam majlis makan malam Gala dianjurkan The World Brands Foundation (TWBF) di Hotel Majestic, di sini semalam.

Beliau turut berkongsi rancangan Andalusia Travel &Tours untuk mengembangkan operasi syarikat ke negara Asean.

“Insya-Allah kami bercadang meluaskan operasi ke negara-negara Asean serta memperkenalkan pakej yang lebih fokus kepada pelancongan sejarah Islam serta pengalaman spiritual.

“Saya turut berharap mengekalkan Andalusia sebagai agensi pelancongan umrah yang dipercayai, bukan hanya di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa dan terus menjadi pemudah cara membantu umat Islam mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah penuh makna,” katanya.

Menurut Ida, antara faktor kejayaan Andalusia Travel & Tours adalah komitmen terhadap kepercayaan pelanggan dan pihaknya memastikan amanah itu dijaga sebaiknya dengan penuh integriti.

“Setiap kakitangan kami turut memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman perkhidmatan unggul selain fokus kepada nilai-nilai Islam yang menekankan ikhlas, jujur dan kebajikan dalam membantu umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/12/2024

- Advertisement -