RUU Multimedia: Adakah mahu beri menteri kuasa penuh?

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 memberi kuasa mutlak apatah lagi tidak boleh dicabar di mahkamah.

- Advertisement -

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, pindaan membabitkan Seksyen 46A dalam RUU itu membabitkan kekangan terhadap kebebasan bersuara rakyat Malaysia dalam semua wadah media sosial.

Malah beliau berkata, sebarang keputusan kerajaan juga tidak perlu melalui Parlimen termasuk proses semak dan imbang dikalangan wakil rakyat selain tiada lagi kelulusan jawatankuasa khas.

“Apakah maksud ini, kuasa seperti ini adalah satu benda yang sangat luar biasa dan boleh membawa kepada penyalahgunaan serius, adakah kita mahu memberi menteri kuasa penuh.

“Pindaan ini menteri mempunyai kuasa untuk menjadi hakim, menteri juga jadi juri dan menteri juga menjadi pelaksana tanpa sebarang semak dan imbang dalam parlimen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai perbahasan RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut mendedahkan data dikeluarkan Reporters Without Borders (RSF) mengenai Indeks Kebebasan Media Dunia 2024, kedudukan Malaysia 107 berbanding 73 tahun lalu.

Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk meminda akta tersebut di Dewan Rakyat hari ini bakal menjatuhkan lagi imej kebebasan media tempatan dalam indeks yang diterbitkan RSF secara tahunan itu.

“Saya membawa ini sahaja untuk menyatakan kalau kuasa sebesar ini diberikan kepada menteri, maka negara kita ini tidak langsung akan menjadi sebuah negara status diktator moden.

“Ini akan menenggelamkan kebebasan bersuara dan hak asasi kebebasan media pada hari ini, sedangkan kita sudah akta yang dapat mengawal Akta Fitnah 1957, Sosma dan sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/12/2024

- Advertisement -