Ribut Boris cetus malapetaka di seluruh Eropah timur, tengah

Penduduk tempatan menyelamatkan seorang warga emas dari kediamannya yang dilimpahi air banjir di Slobozia Conachi, Romania. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

SLOBOZIA CONACHI, Romania: Seorang lemas di Poland dan empat orang hilang di Republik Czech pada hari ini, Ahad (15 September), ketika Ribut Boris melanda Eropah tengah dan timur dengan membawa hujan lebat dan banjir besar.

Sejak Khamis lalu, kawasan di negara Austria, Republik Czech, Hungary, Romania dan Slovakia telah dilanda angin kencang dan hujan lebat yang luar biasa.

- Advertisement -

Ribut itu juga telah menyebabkan kematian empat orang di Romania, dan beribu-ribu penduduk dipindahkan dari rumah mereka di seluruh benua Eropah dalam banjir besar, yang telah mencetuskan malapetaka meluas di seluruh Eropah tengah dan timur.

Perkhidmatan operasi penyelamat Romania berkata pada hari ini, (Sabtu, waktu tempatan), sejak Khamis lalu, kawasan Austria, Republik Czech, Hungary, Romania dan Slovakia telah dilanda angin kencang dan hujan lebat yang ‘luar biasa’.

Presiden Romania, Klaus Lohannis berkata, “Kami sekali lagi menghadapi kesan perubahan iklim, yang semakin wujud di benua Eropah, dengan akibat dramatik.

“Kita mesti terus mengukuhkan keupayaan kita untuk menjangka kejadian cuaca ekstrem.”

‘Amukan’ menakutkan limpahan di Sungai Biala di Poland angkara Ribut Boris yang menurunkan hujan dalam jumlah yang luar biasa, (FOTO:AFP)

Empat mayat ditemui, 5,000 buah rumah rosak

Di Romania, empat mayat ditemui di wilayah yang paling teruk terjejas, di Galați terletak di tenggara bandar raya itu, lokasi di mana 5,000 rumah penduduk mengalami kerosakan.

“Beratus-ratus orang telah diselamatkan di 19 bahagian negara itu”, kata perkhidmatan penyelamat Romania, yang menyuarkan video rumah penduduk yang ditenggelami air di sebuah kampung di tepi Sungai Danube.

Emil Dragomir, Datuk Bandar Slobozia Conachi – lokasi di mana 700 rumah penduduk telah dinaiki air banjir pula berkata, “Ini adalah malapetaka perkadaran epik.”

Beratus-ratus penduduk telah diselamatkan anggota penyelamat dari 19 bahagian yang dilanda banjir teruk di Romania. (FOTO: The Daily Guardian)

Perdana Menteri Rom, Marcel Ciolacu sedang melawat kawasan itu, manakala Presiden Lohannis menyampaikan takziah kepada ahli keluarga yang bersedih atas kehilangan mereka yang tersayang.

50,000 rumah terputus bekalan elektrik

Sementara, kira-kira 100,000 anggota bomba telah digerakkan di Republik Czech, di mana hampir 2,900 insiden direkodkan pada Jumaat –  kebanyakannya disebabkan oleh pokok tumbang dan banjir.

“Hampir 50,000 rumah terputus bekalan elektrik pada (hari ini) Sabtu (waktu tempatan),” kata syarikat kuasa Czech CEZ, manakala sebuah hospital di bandar tenggara Brno telah dipindahkan pada pagi Sabtu.

Orang ramai berlindung daripada hujan di bawah payung ketika mereka berjalan melintasi jambatan di atas Sungai Biala di Glucholazy, selatan Poland pada hari Sabtu. (FOTO: AFP/Getty Images)

Terdahulu Menteri Alam Sekitar Republik Czech, Petr Hladik melalui platform X berkata, “Tanah kini tepu jadi semua air hujan akan kekal di permukaan.”

Di Austria pula, perkhidmatan kereta api dihentikan di timur negara itu awal Ahad, dan beberapa laluan metro ditutup di ibu kota Vienna, di mana Sungai Wien mengancam untuk melimpahi tebingnya, lapor agensi berita APA.

Perkhidmatan kecemasan telah membuat hampir 5,000 operasi bantuan semalaman di negeri Lower Austria, di mana banjir telah memerangkap ramai penduduk di dalam rumah mereka.

Pemandangan dari udara menunjukkan limpahan air banjir yang semakin meningkat akibat Ribut Boris di Slobozia Conachi, Romania pada hari Sabtu. (FOTO: AFP)

‘Semua orang ketakutan’

Negara jiran Slovakia dalam pada itu telah mengisytiharkan darurat di ibu negara, Bratislava.

Sementara di Poland, kerajaan memberi amaran bahawa keadaan akan menjadi yang paling sukar di barat daya menjelang petang dan petang hari ini, (Sabtu, waktu tempatan).

Pihak berkuasa telah menutup persimpangan sempadan Gołkowice dengan Republik Czech selepas sungai membanjiri tebingnya, menutup beberapa jalan, dan menghentikan kereta api di laluan yang menghubungkan bandar Prudnik dan Nysa.

Gambar dari udara yang dirakam pada hari ini, 15 September 2024 menunjukkan pemandangan pusat bandar banjir di Glucholazy, selatan Poland. (FOTO: AFP)

Di perkampungan Głuchołazy yang berdekatan, seorang penduduk tempatan Zofia Owsiaka, 65, memberitahu AFP, dia memerhati dengan penuh ketakutan apabila air sungai Biała yang mengalir deras melanda.

“Air adalah kuasa alam yang paling berkuasa. Semua orang takut,” katanya.

“Ini adalah kali kedua dalam hidup saya saya melihat fenomena sebegitu. Ia adalah mimpi ngeri bagi orang yang tinggal di sini,” tambah seorang lagi penduduk, Piotr Jakubiec, 39.

Penduduk tempatan membuat penghadang menggunakan beg pasir untuk menahan air dari sungai Biala yang membanjiri pusat bandar Glucholazy, selatan Poland pada malam 14 September 2024, ketika Eropah Tengah menghadapi hujan lebat luar biasaa akibat kemunculan Ribut Boris. (FOTO: AFP)

Austria catat kelajuan angin 146 km/j

Austria mencatatkan angin 146 kilometer sejam (km/j) di bahagian selatan negara itu.

Anggota bomba telah turun padang bagi menghulurkan bantuan sebanyak kira-kira 150 kali di ibu kota Vienna sejak Jumaat lalu untuk membersihkan jalan yang disekat oleh serpihan ribut dan mengepam air dari bilik bawah tanah, lapor media tempatan.

“Sebanyak 4,000 rumah rumah di kawasan Styria kini tidak mempunyai kuasa elektrik dalam tempoh ‘kemuncaknya masih belum tiba’,” kata Canselor Karl Nehammer memberi amaran.

Peta menunjukkan aliran pergerakan Ribut Boris yang kini melanda Eropah timur dan tengah menyebabkan hujan lebat luar biasa dan banjir besar. (FOTO: Yahoo)

Di kawasan pergunungan di barat Austria, salji menghentikan lalu lintas, dan perkhidmatan menyelamat sedang mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas runtuhan salji.

Bahagian timur laut Austria juga telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana alam.

Beberapa kawasan Tyrol diselubungi salji sehingga satu meter (tiga kaki) – keadaan luar biasa pertengahan September, yang menyaksikan suhu sehingga 30 darjah Celsius (86 darjah Fahrenheit) pada minggu lepas. – Agensi/– HARAKAHDAILY 15/9/2024

- Advertisement -