Penumpuan angin di Sabah, Sarawak hingga 31 Ogos

Kedudukan Pulau Labuan di Sabah. (FOTO: ResearchGate)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang hingga 31 Ogos ini.

MetMalaysia berkata, kawasan yang terlibat terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan, barat Sabah serta tengah dan selatan Sarawak.

- Advertisement -

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujarnya melalui kenyataan  di Facebook, hari ini.

Menerusi hantaran berbeza, MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – HARAKAHDAILY 28/8/2024

- Advertisement -