Pendidikan: Terengganu teroka kerjasama strategik dengan Sarawak

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Dato’ Satiful Bahari Mamat mengadakan kunjungan hormat rakan sejawat di pejabat Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Negeri Sarawak, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn di Kuching, hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya, kunjungan itu bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negeri dalam bidang pendidikan, tetapi juga untuk meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang yang berkaitan.

“Dalam pertemuan tersebut kita telah bincangkan termasuklah usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memperluaskan peluang pembelajaran untuk generasi muda,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau berharap semoga ia dapat membawa kepada kerjasama yang lebih erat antara Terengganu dan Sarawak, serta memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negeri.

Menurutnya, kunjungan itu turut diserta timbalannya, Ustaz Ahmad Shah Muhamed. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

- Advertisement -