Kasut squeaky bukan pilihan terbaik buat anak kecil

Secara fizikalnya, ia kelihatan comel jika dipakai kanak-kanak, tetapi ada sebab kenapa ia bukan pilihan yang terbaik. (GAMBAR HIASAN)
- Advertisement -

MUNGKIN ramai yang berpendapat bahawa kasut ‘squeaky‘ adalah pilihan tepat berdasarkan fizikalnya yang kelihatan comeL jika dipakai kanak-kanak, namun kenyataannya ia bukan pilihan yang terbaik.

Public Health Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kasut yang mengeluarkan bunyi apabila melangkah itu boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak-anak kecil kerana kasut tersebut akan terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka itu.

“Jika dilihat dari keselamatan pula, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka,” jelasnya.

- Advertisement -

Selain itu, ujar kenyataan itu, kasut berkenaan juga boleh menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi yang boleh menjejaskan postur mereka.

“Walaupun bunyi kaki berjalan kanak-kanak apabila berjalan itu comel tetapi sebenarnya ia sangat menganggu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, dalam salah satu media sosial yang pernah tular mengenai hal yang dianggap remeh ini oleh netizen, muncul pelbagai reaksi daripada netizen lain apabila ada yang menyokong kenyataan tersebut.

“Kalau anak dah boleh berjalan, tak payahlah pakaikan kasut berbunyi ‘cot cet cot cet’ tu. Takkan sampai satu pasar raya nak dengar dia berlari,” ujar seorang netizen.

Namun, ujar seorang netizen lain, kasut jenis berkenaan dapat memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. 

“Ia juga dapat membantu ibu bapa untuk mengawasi pergerakan anak dan memberi keseronokan kepada anak-anak kecil.

“Mungkin lebih baik, kasut jenis ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/8/2024

- Advertisement -