Pemuda Perlis desak hukuman terhadap Zionis-Israel

- Advertisement -

KANGAR: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs), Haziq Asyraf Dun berkata, rejim Zionis Israel harus segera dihukum dan bertanggungjawab atas kekejaman yang dilakukan.

- Advertisement -

Beliau mengecam keras serangan oleh rejim Zionis yang mengakibatkan kematian Ketua Biro Politik HAMAS, Syeikh Ismail Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya di Tehran, Iran pada 31 Julai kelmarin.

Haziq menganggap tindakan tersebut sebagai bukti keganasan sistematik Israel terhadap rakyat Palestin dan menyeru dunia untuk membuka mata kepada jenayah perang yang berterusan itu.

“Tindakan biadab ini bukan sahaja merampas nyawa seorang pemimpin, tetapi juga mencerminkan sifat sebenar rejim Zionis yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan nilai-nilai kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Pihaknya turut menyokong kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang, dan menegaskan bahawa insiden ini bukan kes terpencil, tetapi sebahagian daripada rangkaian keganasan yang dilakukan oleh Israel.

Justeru, sebagai tanda solidariti, beliau menyeru umat Islam untuk mengadakan solat ghaib, solat hajat dan qunut nazilah pada 3 Ogos sempena Hari Solidariti Rakyat Palestin.

“Mari kita tegakkan keadilan dan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin yang berhak untuk hidup bebas dan merdeka.

“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/8/2024

- Advertisement -