MAHB: ‘Kenapa kerajaan pilih syarikat Amerika, siapakah mereka?’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Apabila saya dengar syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika Syarikat, sangkaan saya ialah MAHB rugi.”

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata demikian mengenai pengumuman kerajaan pada bulan lepas, bahawa syarikat Amerika Syarikat, Global Infrastructure Partners (GIP) yang dimiliki syarikat pro-Israel, BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Advertisement -

“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini.

“Kenapa nak jual 30%  kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?

“Saya tak faham. Mungkin ada udang di sebalik batu?” kata Tun M dalam Facebook miliknya, hari ini.

Namun apa yang menarik ialah respons seorang netizen, Wan Muhd Syafis terhadap kenyataan Mahathir itu yang menimbulkan persoalan tentang kenapa GIP yang ada kaitan dengan BlackRock juga yang dipilih untuk membeli 30 peratus saham MAHB.

“Dalam dunia korporat, ini (senario MAHB-GIP-BlackRock) dipanggil sebagai Strategic Partnership,” ujarnya dalam ruangan komen di Facebook Tun M itu.

Menurutnya, syarikat besar menggunakan strategi ini untuk mengembangkan perniagaan, contohnya San Miguel mahu mengembangkan bisnes ke luar negara, maka pelabur asing dicari dari negara luar, Filipina.

“Baru mudah mereka masuk ke pasaran. Duit dapat.Urusan di negara baru pun mudah, Partner (rakan kongsi) baru beri nama baik mereka

“Ini  berbeza dengan penjualan Penerbangan Malaysia (MAS) kepada tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli dahulu. Kedua-dua entiti ini domestik,” jelasnya.

Sehubungan Wan Muhd Syafis menegaskan kerajaan perlu membuat penjelasa kenapa syarikat Amerika Syarikat yang dipilih dan siapakah mereka di sebalik syarikat berkenaan?

“Tidak adakah tokoh (bisnes) tempatan seperti Tan Sri T Ananda Krishnan, Tan Sri Halim Saad, atau Vincent Tan yang boleh membeli saham (MAHB) ini?

“Anak tempatan juga kaya dan mereka ada berbilion dolar kekayaan di luar negara. Mengapa tidak gunakan mereka sahaja (untuk membeli saham MAHB)?” katanya. – HARAKAHDAILY 22/6/2024

- Advertisement -