Dituduh khawarij kerana beri nasihat pada kerajaan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan melabel pihak memberi nasihat kepada kerajaan sebagai ‘khawarij’ adalah sesuatu tuduhan yang sangat tidak wajar, demikian tegur Tuan Guru Zulkifli Ismail (PN-Jasin).

“Adalah tidak wajar apabila pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat dalam kerangka sistem demokrasi untuk melaksanakan tanggungjawab check and balance dalam menegur kepincangan kerajaan dan memberi nasihat untuk kebaikan negara cuba diberikan gambaran sebagai khawarij.

- Advertisement -

“Siapakah yang menyuntik idea ini dan untuk tujuan apakah ia dilakukan?” katanya semasa berbahas dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu juga menegaskan, paling jelas tuduhan demikian telah ditolak sendiri oleh para ulama yang pakar mengenai aliran-aliran menyeleweng pernah muncul dalam sejarah Islam.

“Sebagai contoh, dalam buku kajian mengenai Mazhab Khawarij oleh Dr Mohd Anwar Hamid Isa, Profesor Akidah Dan Falsafah Universiti Al Azhar di bawah fasal ‘Kuasa Yang Bertentangan’ beliau menyatakan.

“Mereka itu tidak dinamakan sebagai khawarij. Gambaran yang paling tepat bagi mereka adalah sebagai kuasa pembangkang atau parti-parti pembangkang,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -