‘Saya pernah diperingat Mufti semasa jadi MB’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) menjelaskan bahawa beliau sendiri pernah diberi peringatan oleh Mufti secara terbuka semasa menjadi Menteri Besar Perlis suatu masa dahulu.

Menurut beliau, peristiwa itu berlaku di dalam sebuah masjid semasa Mufti tersebut sedang menyampaikan khutbah.

- Advertisement -

“Jadi berhubung dengan peringatan ini, semua pihak bagi peringatan. Tak salah bagi peringatan. Masa saya jadi Menteri Besar saya duduk dalam masjid dengan ramai pembesar di sana dan Mufti bagi khutbah.

“Dia (Mufti) kata di akhirat nanti semua akan ditanya termasuk Menteri Besar. Bila dia kata ‘Menteri Besar’, saya tunduk saja. Menteri Besar termasuk Perdana Menteri,” ujar bel.

Menurut beliau, apabila seseorang itu ditegur oleh orang lebih alim, ia sebenarnya sebagai satu peringatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

“Jadi bukan menegur, bukan menegur, (tetapi) memperingat. Jadi apa yang berlaku baru-baru ni saya percaya ada orang yang berlebih-lebihan untuk memfitnah sesuatu yang tidak wajar,” kata beliau.

Beliau juga yakin bahawa di pihak pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat biadab kepada golongan dihormati seperti yang dituduh oleh pemimpin parti kerajaan.

“Jadi kita nak bagi tahu, tidak ada sesuatu yang berbentuk perkataan tu yang Yang Berhormat sebut, kami tak pernah sebut. Takkan kami kerja ini.

“Adalah bodoh untuk kami buat buat kerja untuk menghina institusi yang sebenarnya kita muliakan,” ujarnya ketika Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 5/3/2024

- Advertisement -