Kesesakan lalu lintas teruk Singapura-Malaysia

Hujung minggu panjang cuti Tahun Baru Cina pada tahun ini dijangka memberi kesan kesesakan yang teruk terhadap lalu lintas darat Singapura-Malaysia.
- Advertisement -

SINGAPURA: Sistem lalu lintas sempadan darat Singapura-Malaysia dijangka mengalami kesesakan teruk semasa hujung minggu panjang cuti Tahun Baru Cina ini.

Pihak berkuasa imigresen telah memberi nasihat kepada pelancong untuk menjangkakan kesesakan lalu lintas di sempadan darat Singapura-Malaysia.

- Advertisement -

“Orang ramai  yang menyelesaikan urusan migresen dengan menggunakan kereta mungkin perlu menunggu sehingga tiga jam,” ujar kenyataan tersebut, lapor CNA.

Menurut kenyataan itu, lalu lintas sudah mula meningkat, dengan pihak berkuasa melihat trend lebih ramai pelancong menggunakan sempadan darat semasa hujung minggu panjang pada bulan Januari 2024

“Pada hujung minggu terkini dari 26 hingga 28 Januari 2024, terdapat kesesakan lalu lintas berterusan di sempadan darat, dengan lebih daripada 1.37 juta menyeberangi (hampir 458,000 menyeberangi setiap hari). 

“Ini merupakan peningkatan hampir 14 peratus dalam purata harian jika dibandingkan dengan tempoh hujung minggu Tahun Baru (402,000 penyeberangan setiap hari),” tambah kenyataan itu.

Tahun Baru Cina pada tahun ini ialah pada 10 Februari iaitu hari Sabtu dan kesesakan lalu lintas dijangka  yang sangat teruk di kedua-kedua sempadan Woodlands dan Tuas ketoka tempoh cuti dari 8 hingga 13 Februari.

Sehubungan itu, pelancong juga diberi amaran supaya tidak membawa barang-barang yang diharamkan seperti mercun, senjata ‘Pop-Pop’, rokok elektronik, dan vaporizer, dan  sepatutnya mengelakkan membawa barang kawalan seperti bak kwa dan pokok di dalam pasu.

“Orang ramai yang membawa barang berkadar atau dikawal seperti produk tembakau mesti membuat pengakuan secara proaktif kepada pegawai kami sebelum diperiksa,” ujar kenyataan itu.  HARAKAHDAILY  2/2/2024

- Advertisement -