Tentera pengganas rejim zionis terus lancar serangan udara

- Advertisement -

MAJLIS Keselamatan PBB buat kali kedua dalam pengundiannya gagal meluluskan draf resolusi gencatan senjata di Semenanjung Gaza berikutan undi veto oleh Amerika Syarikat.

- Advertisement -

2. Angka korban rakyat Palestin akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 17,490 orang termasuk 7,870 kanak-kanak dan 6,121 wanita dengan 46,558 lagi dilaporkan cedera.

3. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Rafah, Deir Al-Balah, Kejiranan Al-Zaiton dan Sheikh Ridwan.

4. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Tel Aviv dan kawasan sekitarnya, Asqlan, Sofa, Nir Am, Nahal Oz, Alumim, Meflasim, Magen, Nir Yitzhak serta kawasan-kawasan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza.

5. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di sekitar bandar Gaza, Khanyounis, Jabalia dan Deir Al-Balah. Media-media di negara haram pengganas zionis Israel melaporkan, menurut tentera pengganas rejim zionis Israel pertempuran di Khanyounis adalah yang terhebat sejak bermula perang pada 7 Oktober yang lalu. Akhbar negara haram pengganas zionis Israel Yediot Ahronout melaporkan bahawa jabatan rehabilisasi tentera pengganas rejim zionis Israel menerima lebih 60 anggota tentera pengganas regim zionis Israel yang cedera setiap hari kebanyakkannya mengalami kecederaan parah termasuk 2,000 anggota tentera pengganas rejim zionis Israel yang telah diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya. Menurut akhbar tersebut sehingga hari ini dilaporkan lebih 5,000 anggota tentera pengganas rejim zionis Israel dilaporkan mengalami kecederaan.

6. Dalam tempoh 24 jam yang lalu, kumpulan pejuang Palestin telah berjaya memusnahkan 21 buah kereta kebal dan kereta berperisai tentera pengganas rejim pengganas zionis Israel dalam pertempuran di Semenanjung Gaza dan dalam masa yang sama dilaporkan terdapat anggota tentera rejim pengganas zionis Israel yang mati dan cedera berikutan pertempuran tersebut.

7. Walaupun tidak mampu beroperasi dengan sepenuhnya berikutan kekurangan bekalan pertoleum, peralatan, ubat-ubatan dan kakitangan, hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza terus menerima warga Semenanjung Gaza yang cedera mahupun yang terkorban berikutan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel. Hospital Al-Nasr semalam menerima 99 warga Semenanjung Gaza yang cedera termasuk 62 orang lagi yang terkorban. Begitu juga Al-Aqsa Martyrs Hospital yang menerima 171 warga Palestin yang cedera termasuk 71 orang yang terkorban dalam tempoh 24 jam yang lalu.

8. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Ramallah, Jenin, Qalqiliya, Baitul Laham, Nablus dan Hebron.

9. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, dron dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Tirherfa, Blida, Mohibib, Kfarshouba, Wazani, Aita Al-Shab, Aitaroun dan Jar Al-Deir.

10. Tentera Hizbullah membalas serangan udara, dron dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pangkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di wilayah dan kawasan yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Matat, Maroun Al-Ras, Upper Galilee, Misgav Am, Sheeba Farm, Ruwaisat Al-Alam, Al-Abad, Khirbet Ma’ar, Al-Rahib dan Malkiya.

11. Setiausaha Luar Britain yang juga bekas Perdana Menteri Britain David Cameron menyatakan Britain teguh bersama Amerika Syarikat menyokong negara haram pengganas zionis Israel.

12. Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mendesak Kongres meluluskan penjualan 45,000 peluru untuk kereta kebal Merkava kepada negara haram pengganas zionis Israel.

13. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Yaman, Lubnan, Turkiye, Maghribi, Amerika Syarikat, Denmark, Kanada, Sepanyol, Belgium dan Iceland.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 9/12/2023

- Advertisement -