Dua federasi koperasi berasaskan agromakanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan bilangan penggabungan koperasi yang berada di bawah federasi koperasi berasaskan pertanian dan agromakanan.

Datuk Muslimin Yahya (PN-Sungai Besar) berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memerlukan enam federasi koperasi yang bertujuan menggabungkan koperasi yang mempunyai aktiviti sama.

- Advertisement -

Menurutnya, langkah itu juga bertujuan meningkatkan sumber modal dan membolehkan koperasi tersebut beroperasi dalam skala besar.

“Terdapat dua federasi berkaitan agromakanan. Pertama yang berasaskan peruncitan dan pemborongan, manakala satu lagi federasi berasaskan pertanian dan asas tani,

“Soalan saya, berapa banyak penggabungan koperasi di bawah federasi koperasi berasaskan pertanian dan agromakanan,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami memberitahu bahawa terdapat enam federasi koperasi yang ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Enam federasi koperasi berkenaan mempunyai skop dan tugas masing-masing,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/10/2023

- Advertisement -