Umno gagal jaga khazanah Melayu

Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz
- Advertisement -

SHAH ALAM: Umno yang telah diamanahkan untuk menjaga khazanah Melayu dilihat sebagai gagal dalam merealisasikan amanah berkenaan.

Pembahas Negeri Perak, Ustaz Mohamad Fakhruddin Abdul Aziz berkata, kerajaan hari ini tidak lagi mendapat sokongan penuh orang Melayu.

- Advertisement -

“Pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU-15) lalu, sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan hanya 11 peratus manakala Barisan Nasional mempunyai 33 peratus.

“Ia dilihat lemah untuk menjaga kepentingan Melayu Islam, ini bermakna buat pertama kali dalam sejarah negara Barisan Nasional khasnya Umno tidak lagi menyarakan suara umat Melayu Islam.

“Sebaliknya, majoriti suara ini diwakili oleh PERIKATAN NASIONAL (PN), tetapi malangnya suara melayu terbesar ini tidak menerajui pemerintahan,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar PAS, di IDCC, di sini hari ini.

Katanya lagi, Pilihan Raya Negeri baru-baru ini adalah bukti mudah yang harus diterima oleh Umno berkaitan perubahan sokongan kepada parti itu.

“PN akan mendapat sokongan yang lebih meluas jika berusaha menarik sokongan pengundi bukan Melayu yang tidak ekstrim kepada gabungan ini.

“Usaha PN untuk menjadi parti utama orang Melayu adalah tidak mustahil dan kita konsisten mengajak kepada perpaduan ummah walaupun ditinggalkan oleh rakan gabungan sebelum ini,” katanya lagi.

Menyingkap kembali sejarah PAS Perak ujarnya, bermula di Perak iaitu pada tahun 1948.

“Sejarah awal penubuhan Hizbul Muslimin di mana hampir 10 ribu berhimpun di Gunung Semanggol pada tahun 1948.

“Perak juga pernah menubuhkan kerajaan bersama DAP setelah menang pada tahun 2008 , tetapi pemerintahan tidak lama hanya 11 bulan.

“Pada PRU15 PAS Perak menang bergaya daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dan Sembilan ADUN daripada Bersatu semua 26 tetapi masih belum dapat memerintah.

“Insya-Alah PRU16 kita akan ambil alih pemerintahan, jika lambat sangat kita akan ambil alih dalam masa terdekat,” katanya.

- Advertisement -