Dewan Ulamak miliki lebih 5,000 ahli di seluruh negara

Nushi Mahfodz
- Advertisement -

SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS Pusat sekarang mencatat sejarah kerana mempunyai lebih 5,000 ahli di seluruh negara.

- Advertisement -

Setiausahanya Ustaz Nurshi Mahfodz berkata, Dewan Ulamak juga terdapat di 143 kawasan yang semakin berkembang pesat selepas Dewan Ulamak dilulus di peringkat kawasan.

“Muktamar Dewan Ulamak menghimpunkan keluarga besar ulama bagi menyumbang idea bagi memperkasakan lagi ulama,” katanya pada ucapan alu-aluan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-62 di IDCC hari ini.

Muktamar tersebut mengangkat tempa ‘Ulamak Peneraju Penyelesaian Islam’ dirasmikan Naib Presiden PAS Datuk Amar Diraja Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Ahmad Yahaya, timbalannya Tuan Guru Zulkifli Ismail dan pimpinan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Ulamak dari seluruh negara.

Ustaz Ahmad pula berkata, Dewan Ulamak sekarang berkembang dan mempunyai 143 kawasan di seluruh negara, berbanding 120 kawsan tahun lepas.

Katanya adalah berharap Dewan Ulamak dapat memperkukuhkan organisasi sedia ada serta dalam masa membentuk jawatankuasa ulama.

“Organisasi Dewan Ulamak di pelbagai peringkat harus diperkemaskan supaya gerak kerja melahirkan para ulama dapat berjalan secara sistematik dan teratur.

“Ini menjadi tanggungjawab kepada semua bagi memastikan Dewan Ulamak sentiasa aktif sebagai salah satu organ utama PAS, selain Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat,” katanya pada ucaptama Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau juga berkata, cabaran media sosial sekarang perlukan ulama yang tangkas, dan bersedia menghadapi ribut pemikiran yang semakin kompleks sekarang. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -