PAS mempunyai senarai calon pertahan Parlimen Kemaman

Dato' Mohd Amar Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS mempunyai senarai nama calon yang dianggap sesuai untuk mempertahankan Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka diadakan tidak lama lagi.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, PAS mengutamakan calon dalam kalangan tokoh tempatan bagi mempertahankan kerusi terbabit.

Bagaimanapun katanya mesyuarat mengenai perkara itu belum lagi diadakan memandangkan ia dianggap masih terlalu awal.

“Kita masih belum lagi adakan menyuarat, lagi pun kerusi Parlimen Kemaman baharu sahaja diisytiharkan kosong, manakala tarikh PRK belum diputuskan lagi.

“Dan kita perlu tunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita tidak boleh mendahului badan yang mempunyai kuasa penuh bagi menetapkan perjalanan pilihan raya di negara ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan B Rohm Wako Elektonics (Malaysia) Sdn Bhd di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Pada 26 September lepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman
atas dakwaan terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi kerajaan negeri melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa.

Mohd Amar yang juga Speaker Dun Kelantan berkata, pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat empat negeri yang ditadbir PN untuk meningkatkan pembangunan ekonomi.

“Kita harap pengalaman dan hubungan baik beliau (Dr. Mahathir) dengan negara luar serta juga pihak-pihak yang dapat membantu akan meningkatkan pembangunan ekonomi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Kita masih di peringkat awal dan perlu perbincangan lanjut kerana kita mahu melihat keperluan sebenar di setiap negeri berkenaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/10/2023

- Advertisement -