BN-Umno semakin sayup dari pandangan Melayu

- Advertisement -

PN – 17 kerusi, BN – 17 kerusi dan PH – 8 kerusi di Pahang. BN kehilangan banyak kerusi kesan dari ledakan undi orang muda yang menyokong PN.

PRN 6 Negeri pula menyaksikan BN bertanding sebanyak 108 kerusi dan hanya menang 19 kerusi. Kali ini BN berhadapan pula dengan kemarahan orang Melayu kerana BN bergabung dengan DAP-PH.

PRK Kulai, Simpang Jeram dan Pelangai yang bakal berlangsung dalam masa terdekat adalah medan terbaik untuk BN melihat sejauh mana keberkesanan gabungan PH-BN.

Jarak masa yang singkat antara PRN 6 negeri dan PRK Kulai, Simpang Jeram dan Pelangai, tidak mungkin sempat untuk BN-Umno pulihkan kembali sokongan orang muda dan pengundi Melayu seperti dahulu.

Setakat ini BN kelihatan masih terkial-kial untuk pulihkan semula keyakinan orang Melayu terhadap Umno, formulasi gabungan BN-PH telah mencabut keyakinan dan sokongan rakyat yang kelihatan begitu yakin dengan gabungan PN untuk memerintah Malaysia.

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pahang. – HARAKAHDAILY 24/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -