Sanusi: Kebangkitan dan perubahan ke atas politik

- Advertisement -

TAHU tak kenapa orang cenge, hingaq macam Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor boleh ada ramai pengikut?

Itulah real politik sekarang. Dalam dunia demokrasi yang sedang menggila ini, masyarakat perlukan hero. The Saviour.

Sebab itulah watak-watak strongman seperti Vladimir Vladimirovich Putin (Rusia), Xi Jinping (China), Rodrigo Duterte (Filipina) dan Viktor Mihály Orban (Hungary) amat popular di negara masing-masing.

Malah Donald John Trump sehingga kini dirindui rakyat Amerika Syarikat.

Persamaan watak ini adalah vokal dan tegas. Mereka tak guna politik simpati, emosional. Mereka gunakan wibawa dan gah sebagai seorang pemimpin.

Fenomena kebangkitan strongman abad ke-21 ini menjadi kebimbangan pendukung demokrasi.

Fareed Zakaria mengistilahkan sebagai illiberal democracy. Fenomena ini juga disebut sebagai retreat of democracy atau democracy recession.

Apa yang pengkaji ini gagal lihat adalah bukan semata-mata penolakan terhadap demokrasi. Tapi sebenarnya rakyat muak dengan perangai ahli politik mainstream.

Mulut manis tapi pembohong. Cakap berdegar tapi tiada solusi. Formula menggunung tapi praktik zero.

Rakyat bukan anti-demokrasi. Tapi mereka muak dengan apa jua sistem yang tak menjamin kestabilan hidup.

Tahun 1990 adalah pengalaman buruk bagi orang Rusia. Pendemokrasian yang diperkenalkan kala itu menghancurkan ekonomi Rusia. Rakyat tak cukup bekalan asas.

Hanya selepas Vladimir Putin yang autokratik ambil alih pemerintahan (secara demokratik) tahun 1998, baru Rusia mula stabil.

Kita bukan anti-demokrasi. Kita ikut segala lunas demokrasi yang tak bercanggah syarak. Tapi kita tak pernah beriman dengan demokrasi.

Kita bukan hamba demokrasi. Sistem boleh datang dan pergi, boleh dipinda, distruktur semula (restructure), direjuvenasi malah direvolusi mengikut keperluan semasa.

Konklusinya, marilah bersama PAS dan PERIKATAN NASIONAL. Kita akan pimpin negara dengan sistem baharu yang lebih adil, makmur dan sejahtera.

Sistem bayangan yang telah dicetuskan oleh cendekiawan Rusia, Alexander Dugin; The Fourth Political Theory.

Bukan tiru bulat-bulat. Kita adopt semua kebijaksanaan tamadun lain, tapi sudah tentu kita akan adapt dengan panduan wahyu.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 16/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -