Bekas ahli Umno sertai PAS, buka cawangan baharu

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Permohonan beramai-ramai bekas ahli Umno menyertai PAS membuka peluang kepada PAS Permatang Pauh menubuhkan cawangan baharu yang ke 32 di Permatang Nibung.

- Advertisement -

Menurut Setiausaha PAS Permatang Pauh, Mansor Che Dan, penubuhan cawangan baharu itu adalah akibat kekecewaan ahli akar umbi terhadap pemimpin mereka dengan memilih meninggalkan parti Umno. 

Malah katanya kejayaan penubuhan cawangan baharu PAS di situ memandangkan ia kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

“Majlis perasmian yang dibuat malam tadi iaitu majlis penubuhan cawangan penaja itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

“Lebih istimewa rata-rata yang menyerahkan borang dan menyertai PAS adalah kalangan anak-anak muda dan bekas ahli-ahli Umno.

“Ini membuktikan PAS terus mendapat tempat dalam kalangan anak-anak muda walaupun setiap hari diserang dengan pelbagai tohmahan,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -