Kita ditipu hidup-hidup – bekas pemimpin Umno

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas pemimpin dan penyokong Umno mulai sedar mereka ditipu pemimpin dengan membawa parti lari daripada perjuangan asal yang berteras Melayu dan Islam.

- Advertisement -

“Kita mengabdikan diri kepada parti sejak sekian lama, tetapi apabila sampai kepada satu peringkat kita ditipu hidup-hidup oleh pemimpin besar.

“Dia buat lagu (cara) lain, ambo fikir tengok padan doh puak kita dok dalam Umno, sedangkan driver konar (pandu) ke tempat lain,” kata Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Kelantan, Dato’ Termizi Musa.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan borang 200 penyokong Umno di DUN Salor menyertai PAS.

Borang tersebut diserah kepada Presiden Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa dan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian Ustaz Abdul Rahman Yunus. Hadir sama calon PN DUN Salor, Saizol Ismail.

Termizi juga berkata, perjuangan PAS dianggap lebih tulin berbanding dasar Umno yang kini bersama Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya juga Perhimpunan Agung Umno sebelum ini memutuskan tidak membenarkan parti dan ahli menjalinkan sebarang hubungan bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Menurutnya, keputusan tersebut menjadi modal dijaja ke seluruh negara ketika menghadapi pilihan raya kecil, namun pemimpin atasan Umno menyimpang daripada perjuangan itu.

Beliau berkata, ahli Umno seluruh negara akan dipertanggungjawabkan kerana nasib orang Melayu pada masa depan terus terpinggir apabila agama Islam diperkotak-katikan.

“Tiba-tiba yang menyebabkan ambo tidak boleh tahan doh kalau berasa sangat kita bodoh sangat kena tipu, demo ikut sedap demo nak buat,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -