Pemuda dipimpin secara kolektif – Ir Khairil

- Advertisement -

SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin menegaskan Pemuda PAS yang ada hari ini adalah mereka yang pernah bersama beliau semasa beliau memimpin pemuda ketika menjadi pembangkang hingga duduk bersama dalam kerajaan ketika itu.

- Advertisement -

Saf kepimpinan pemuda dipimpin secara kolektif dan ianya bukan dipimpin secara individu dalam mendepani cabaran, ujarnya yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Justeru beliau yakin saf kepimpinan pemuda yang ada hari ini akan terus setia menggembeleng perjuangan bersama, khasnya berdepan Pilihan Raya Negeri akan datang dengan sasaran sekurang-kurangnya menang bagi lima buah negeri.

Menurut beliau, semasa memimpin Pemuda PAS Malaysia, beliau berdepan dua fasa iaitu mendepani cabaran sebagai pembangkang dan kemudian bersama dengan parti-parti lain membentuk kerajaan.

Dalam keadaan itu katanya, pasti perbezaan pemikiran dan fikrah adalah satu cabaran untuknya dalam memimpin pemuda PAS dan Perikatan Nasional.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Ijtimak Tarbawi 9.0 di sini semalam.

Dalam masa yang sama jua, cabaran terbesar ialah ketika mula menerajui kerajaan, negara berdepan Covid-19 yang memberi cabaran besar kepada kerajaan PN untuk mendepaninya.

Katanya dengan cabaran yang dilalui itu, dan ia sebagai pengalaman berharga dengan saf kepimpinan pemuda yang ada hari ini adalah anggota kepimpinannya ketika itu, pasti dengan saf yang ada hari ini, kesetiaan akan terus ditumpahkan demi membawa kemenangan kepada PN. – HARAKAHDAILY 17/6/2023

- Advertisement -